Berita Auto

Hanya Satu Lexus 470 Terjejas Oleh Recall Berkaitan Airbag di Malaysia

Toyota Motor Corporation (TMC) hari ini mengumumkan kempen RECALL global untuk model Toyota dan Lexus tertentu bagi pembetulan isu sistem beg udara. Penarikan balik itu adalah untuk model yang dilengkapi dengan beg udara tepi Curtain Shield Airbags.

Toyota-RAV4

Oleh kerana programing yang salah sistem beg udara dalam Airbag Sensor Assembly (airbag control module), CSAs terletak di kiri kanan kabin boleh teraktif dan tali pinggang keledar pra-regangan diaktifkan dengan hanya beberapa sebab semasa walaupun kenderaan tidak bergerak. Pengaktifan yang tidak dijangka daripada CSA boleh meningkatkan risiko kecederaan kecil kepada pemandu atau penumpang..

Di Malaysia, UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah dimaklumkan oleh TMC bahawa tiada kenderaan Toyota yang terlibat dengan kempen pemulangan ini kerana semua unit secara rasmi diimport dan dijual di Malaysia tidak dilengkapi dengan CSA.

Toyota Lexus Kentucky ES 350

TMC telah mengesahkan bahawa hanya satu unit – Lexus LX470 – akan dipanggil semula dan pemilik kenderaan tersebut akan dihubungi mengenai perkara itu oleh Lexus Malaysia. Model Lexus lain yang dijual oleh syarikat itu tidak terjejas.

Talipon Toyota di 1800-8-TOYOTA (869682) untuk kepastian.

Previous post

Jualan Bulan Januari Ford Dipacu oleh Ranger Baharu

Next post

Honda Usik Kepulangan Civic Hatchback

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *