Berita Auto

CEO Mercedes Sedih Dengan Skandal VW Dieselgate

Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes Dieter Zetsche secara terbuka mengkritik skandal emisi kumpulan Volkswagen. Beliau berkata, isu-isu terkini  dieselgate yang melanda Volkswagen tidak mungkin berlaku di Mercedes. Ini adalah kali pertama Zetsche telah membuat komen negatif tentang syarikat lain. Secara umumnya, beliau tidak pernak mengkritik pesaing. Komen Zetsche dibuat di majlis yang berlansung di ibu negara Jerman minggu ini dan beliau juga turut mengulas bahawa tiada apa lagi yang boleh dilakukan, kerana skandal itu menjejaskan sektor auto secara keseluruhannya.

Mercedes Zetsche1

Skandal itu telah menyebabkan kebimbangan di Jerman bahawa imej sektor automotif yang kuat telah tercemar dan juga menimbulkan persoalan tentang teknologi diesel di mana pembuat kereta Jerman ini telah banyak membuat pelaburan didalamnya. Zetsche juga berkata Daimler akan terus berpegang kepada teknologi diesel dan menggesa agar Suruhanjaya Eropah membuat keputusan dengan cepat bagaimana untuk mengukur emisi pada masa depan.

Mercedes-Benz Trucks - Driving Experience Slovenia 2015

Previous post

Jeep Trak Pikap Akan Datang 2017

Next post

Model Honda Civic Sedan 2016 Dapat Anugerah Keselamatan Terbaik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *