Gaya Hidup

Toyota Dan Lexus Dijangka Naik Harga

Sedang Ringgit terus menyusut, UMW Toyota mengumumkan bahawa ia akan meningkatkan harga kenderaan Toyota dan Lexus berkuat kuasa Januari 2016. Kenaikan harga berbeza-beza antara 4% hingga 16% untuk semua model.

Toyota Hilux TRD

Pengeluar kereta ini telah melaksanakan langkah strategik untuk melindungi kepentingan pelanggan di pertengahan turun-naiknya Ringgit dan menyerap kos tambahan ke tahap tertentu sejak beberapa bulan lalu.

Setakat tahun ini, Ringgit telah menyusut sebanyak hampir 20% kepada dolar AS, sekali gus meningkatkan kos operasi bagi UMW Toyota. Syarikat ini telah menimbang kesemua pilihan yang mungkin, tetapi sekarang tidak mempunyai pilihan lain tetapi menyampaikan beberapa kos kepada pengguna untuk mengimbangi kenaikan kos disebabkan pengukuhan dolar AS berbanding mata wang Malaysia.

 

Lexus ES 300h

 

Butiran pelarasan harga bagi semua kenderaan UMW Toyota akan disediakan tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol kami di 1800 88 69682.

2015-LexusNX-09

 

Previous post

Video Pencuri Kereta Atau Pelanggan Kecewa

Next post

BMW Group Malaysia Perkenalkan BMW X1 Serba Baharu.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *