Berita Auto

Cuba Ford Ranger Baru Hujung Minggu Ini

Ford menjemput orang ramai untuk mencuba pikap Ranger baru yang lebih bijak dan lebih cekap melalui pengalaman ujian memandu. Setiap peserta akan dibawa melalui kursus yang menarik yang menyerupai persekitaran pemanduan yang lasak – termasuk meranduk melalui air dan memandu arah cerun curam. Orang ramai juga akan dapat mengalami ciri-ciri baru Ranger, seperti SYNC 2,  sistem penyambungan hands-free voice activated in-car Ford, e-Locking Differential, Hill Launch Assist, Hill Descent Control dan the Forward Collision Warning.

‘Tough Done Smarter Experiential Test Drive’ akan diadakan pada 23-25 Oktober dari 9:00-7:30 di pengedar baru JPPK PJ2 , yang terletak di Lot 3, Jalan 51A / 219, 46100 Petaling Jaya (tidak jauh dari Lebuh Raya Persekutuan , bertentangan pengedar semasa JPPK PJ). Tiada tempahan awal diperlukan, dan masuk adalah percuma.

Pelanggan yang menempah Ranger baru di acara ini akan menerima pewarna tingkap kenderaan  percuma dan lain-lain tawaran pengenalan khas.

Previous post

Lexus Usik Arah Design Baru

Next post

Ford Escort Mk2 RS 1978 Mesin Gymkhana Ken Block

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *