Proton Saga Plus Dilancarkan, Harga Sama, Lebih Ciri-ciri
Digelar sebagai kereta rakyat yang paling popular di Malaysia dan lebih daripada 500,000 unit terdaftar sejak diperkenalkan lapan tahun yang lalu, generasi kedua Proton Saga terus menjadi salah satu model negara paling laris di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia memilih Saga kerana prestasi enjin yang baik, ekonomi bahan api, kelapangan, keselesaan dan keselamatan, mengiktiraf ia sebagai nilai terbaik untuk wang dalam kelasnya.
Oleh itu, untuk terus menyediakan rakyat Malaysia dengan lebih keseronokan memandu dan ekonomi bahan api dari kenderaan yang berpatutan, PROTON Holdings Berhad hari ini melancarkan varian baru Saga, yang dipanggil Saga Plus. Dikuasakan oleh enjin 1.3 liter Campro IAFM dan boleh didapati dalam manual dan transmisi CVT, Saga Plus berharga serendah RM33,242 hingga RM36,576 seunit. Pembeli kereta boleh melihat model baru di semua bilik pameran PROTON dari 15 Ogos 2015
Harga atas jalan:
No Comment