Motosikal / Lain Lain Roda

Fakta. Skuter Adalah Jawapan Kepada Kesesakan.

Penunggang skuter mengurangkan kesesakan kerana kurangnya kereta di jalanraya.  Fakta atau fiksyen, ini adalah wajah baru mobiliti di Lembah Klang.  Beberapa tahun ini, kita telah menyaksikan pertumbuhan sihat penjualan skuter di Lembah Klang dan ramai dari pembeli ini adalah baru dalam mobiliti 2 roda.  Ya, ramai pemilik skuter adalah pemilik kereta yang telah mengambil keputusan untuk menggunakan skuter sebagai pengangkutan ke tempat kerja yang lebih baik.  Ya, apabila anda sampai ke tempat kerja tanpa stress dari kesesakan lalu lintas anda boleh bekerja dengan lebih baik dan lebih relaks.

Vespa-day8

Dengan peningkatan penggunaan skuter, kesesakan lalulintas di tengah bandar tidak berkembang sepertimana populasi yang meningkat di bandar setiap tahun.  Di negara negara maju, kajian menunjukkan mobiliti 2 roda meningkat dengan produktif dan mengurangkan pencemaran udara.  Uji pandu skuter sendiri hari ini dan lihat samada ianya satu penyelesaian untuk anda.  Jika anda memandu kereta, sila berhati hati untuk penunggang skuter dan berjaga-jaga dan selamat memandu.

Vespa-day5-1

 

Previous post

Volkswagen Mendahului Toyota Menjadi Pengeluar Kereta No.1 Dunia

Next post

Di Bilik Pameran Sekarang! Model-model 2015, Lexus ES 250 Premium, ES 250 Luxury Dan ES 300h

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *