Berita Auto

Laporan Jualan Ford Di Malaysia Bagi Bulan April

Ford umumkan laporan jualan runcit bagi bulan April berjumlah 373 unit di Malaysia dalam situasi penjualan industri motor agak merundum, disebabkan oleh implementasi Cuka Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu.  “ Kami menjangkakan industri akan mendapatkan semula momentum penjualan sepanjang tahun ini, bagi membantu prestasi jualan kami pada tahun hadapan,” jelas David Westerman, Pengarah Urusan, Malaysia dan Asia Pacific Emerging Markets, Ford Motor Company.

“Kami yakin bahawa pelancaran lebih banyak kenderaan Ford secara global di Malaysia, termasuk Everest serba baharu, Ranger baharu dan Mustang baharu, akan mengekalkan kesibukan dibilik pameran kami.”

Penjualan runcit tahunan Ford setakat ini telah meningkat sebanyak 22 peratus iaitu 4,984 unit.  Model pickup Ranger yang versatil terus menjadi jenama Ford yang paling popular pada bulan April dengan jualan runcit sebanyak 211 unit menyumbang kepada jualan tahunan setakat ini yang meningkat sebanyak 57 peratus iaitu 3,715 unit.

Ford juga telah melancarkan Mondeo baharu di Malaysia, yang mempamerkan pelbagai teknologi pintar dan inovatif, dan ini termasuk sistem hubungan Ford, SYNC 2 dan MyKey, yang membolehkan pelbagai ciri program yang mudah seperti peringatan talipinggang, kelajuan maksimum, dan volume audio maksimum.

Previous post

Shell #LoveMyRide Festival Menawarkan Pengalaman Ultimate Car Engine Rejuvenating Percuma

Next post

EV atau Plug-In Hybrid? Mana Satu Yang Mendominasi?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *