Cerita Auto

Volkswagen dan Uber Berkolaborasi untuk Perjalanan Lebih Berkualiti

Volkswagen Malaysia kini bekerjasama dengan pihak Uber untuk memberi peluang kepada Rakan-rakan Uber sedia ada menaik taraf kenderaan mereka menerusi satu pakej istimewa yang boleh didapati mulai sekarang hingga 30 April depan.

Rakan-rakan Uber boleh membeli Polo 1.6 dan Polo Sedan pada kadar faedah kosong peratus serta tanpa bayaran permulaan. Bayaran bulanan pula bermula RM999 untuk tempoh sembilan tahun menerusi kempen ‘Polo Goes Zero’ Volkswagen.

Selain daripada harga istimewa ini, kolaborasi itu juga membolehkan Rakan-rakan Uber menerima diskaun sebanyak RM200 untuk kos penyelenggaraan berkala pertama mereka dan cukai jalan percuma (bernilai RM90).

“Uber sememangnya menghubungkan penunggang hinggalah pemandu dengan menawarkan perkhidmatan yang selamat, selesa dan boleh dipercayai. Apabila rakan-rakan kami menggunakan kereta Volkswagen yang berkualiti tinggi, kami tahu bahawa mereka pasti akan menghargai kualiti yang memang sinonim dengan jenama ini,” kata Pengurus Besar Uber Kuala Lumpur, Leon Foong.

Volkswagen Polo 1.6 dan Polo Sedan memiliki tiga ciri utama yang sama: empat tingkap kuasa automatik dengan fungsi anti-tersepit, transmisi automatik enam kelajuan dan sistem Intelligent Crash Response System (ICRS) yang akan membuka kunci semua pintu secara automatik, mematikan kuasa pam bahan api dan menyalakan lampu kecemasan sebaik sahaja beg udara dikeluarkan atau ketika peregang tali pinggang keledar diaktifkan. Kedua-dua model Polo ini didatangkan dalam lima warna berbeza iaitu putih (Candy White), merah (Flash Red), kelabu (Pepper Grey), perak (Reflex Silver) dan hitam (Deep Black).

Polo 1.6 dan Polo Sedan ditawarkan pada harga RM89,888 dan RM91,888 seunit. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Untuk layak menyertai promosi ini, Rakan-rakan Uber perlu menyediakan Penyata Uber terkini mereka bagi tujuan pengesahan. Anda juga boleh melayari laman web partners.uber.com untuk mendaftar sebagai rakan Uber dengan kod promosi “ubervwpolo”.

pastedImage

Previous post

Peugeot 308 R Hibrid, 490 +HP Diperkenalkan

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Wiz Khalifa & Iggy Azalea 'Go Hard or Go Home'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *