Berita Auto

UMW Toyota Motor Memperkenalkan Varian Baharu Toyota Camry.

UMW Toyota Motor hari ini menyasarkan jualan hampir 9,000 unit Camry baharu tahun ini dengan pengenalan Camry hibrid Baharu ke dalam barisan model yang ditawarkannya. Daripada 9,000 unit tersebut, diunjurkan sebanyak 7,000 daripadanya adalah varian hibrid yang akan terjual.

Dalam ucapan beliau, Datuk Ismet Suki berkata Toyota Camry telah mencatat pencapaian hebat sejak pertama kali dilancarkan pada 1994. “Kini dengan keseluruhan jualan melebihi 116,000 unit, kami berbangga untuk menerusi model utama kami ini dan Camry Baharu kini lebih teguh dengan reka bentuk lebih dinamik dan teknologi yang maju,’’ kata beliau.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi UMW Toyota Motor, En. Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, En. Toshihiro Nakaho, Timbalan Ketua Jurutera, Toyota Motor Corporation dan Datuk Syed Hisham Syed Wazir, Presiden dan CEO Kumpulan UMW Holdings Bhd.

“Camry 2.5 liter Hibrid, 2.0 liter G dan E baharu ini akan pastinya menarik mereka yang mahukan rupa sporty dan dinamik serta keselesaan. Terdapat perubahan reka bentuk besar dalaman dan luaran dalam menjadikan Camry baharu ini berteknologi tinggi dan cergas dengan lancar. Kami gelarkannya falsafah reka bentuk “Rupa Identiti Penuh Minat dan Diberi Keutamaan’’, tambah beliau.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Model Camry Hibrid didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan baharu yang mengagumkan seperti 7 beg udara, pemantau sudut tidak nampak, sistem pengawasan trafik belakang untuk melintas yang berguna semasa mengundurkan kereta dari tempat letak kereta, serta Nano-e TM, sistem pembersihan udara yang menyucikan udara daripada ions negatif. Ia juga menawarkan pengecas tanpa wayar yang pertama dalam kelasnya kepada pengguna untuk hanya meletak dan mengecas telefon pintas mereka.

Selain kesemua teknologi maju tersebut, terang Datuk Ismet lagi, Camry Hibrid juga melangkaui jangkaan dalam aspek prestasi. Camry Hibrid Baharu didatangkan dengan lebih 200 kuasa kuda, dan penjimatan bahan api yang cemerlang.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Selain itu, ujar beliau, Hill Start Assist, yang ada pada varian Hibrid dan G, mempunyai keupayaan untuk mengelak kereta daripada terlajak menurun apabila di atas permukaan curam, manakala sistem ABS, Edaran Brek Elektronik dan beg udara ditawarkan kepada semua varian.

Bagi varian baharu Toyota Camry 2.0 Liter G dan E, kedua-duanya dilengkapi dengan transmisi automatik 6 kelajuan dan enjin petrol serba baharu berkuasa yang tertinggi dalam kelasnya, yang menjana kuasa 167ps merangkumi sistem baru Variable Valve Timing – Intelligent Wide yang membolehkan enjin bergerak secara konvensional dan kitaran Atkinson. Varian baharu Toyota Camry 2.0 liter G dan E disasarkan untuk mencapai output kuasa lebih tinggi, penjimatan bahan api terbaik dan pengeluaran asap rendah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Di samping itu, Camry baharu juga mempunyai ciri bersepadu lampu siang LED Daytime Running Lights dan sistem dua ekzos yang membawa Camry setahap atau lebih daripada standard yang ditetapkan oleh pesaing.

“Camry baharu ini ditawarkan pada harga daripada RM149,900 – RM174,900. Sebagai tambahan, sukacita saya umumkan bahawa, daripada segi waranti, kami akan menawarkan program jaminan 8 tahun terhadap bateri hibrid. Kami percaya ini akan meleraikan kesangsian pelanggan kami yang mungkin pertama kali memiliki kenderaan hibrid. Menerusi produk inovatif, harga yang bagus dan ketenangan jiwa, saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan menikmati manfaat memandu Camry Hibrid kami,’’ ujar Datuk Ismet Suki.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nota:

Waranti standard kenderaan 3 tahun atau 100,000km, yang mana dahulu, masih berlaku bagi kedua-dua Hibrid dan 2.0L. Program jaminan 8 tahun hanya untuk Bateri Hibrid. Tertakluk kepada terma dan syarat.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

Previous post

Ford Mondeo Kini Dibuka untuk Tempahan Awal

Next post

Hyundai Motor Di Seoul Motor Show 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *