Berita Auto

Toyota Rush Terkini Untuk 2015

Rush terkini telah diberikan darisegi kosmetik yang memberikan imej yang kukuh tetapi sporti semetara mengekalkan bentuk moden dan tersendiri.

Rim aloi berkilat 16inci dipasang pada Rush terbaru dan rekaan dua-tona menampakkan imej sporti. Size tayar telah dilebarkan kepada 235/60 dari 215/65 untuk memberikan footprint yang besar untuk cengkaman dan kestabilan yang lebih baik dan juga meningkatkan sistem brek.

Toyota-Rush_back

Model Rush adalah satu-satunya SUV dalam kelasnya dengan tiga barisan tempat duduk, menyediakan fleksibiliti tambahan. Rush juga adalah satu-satunya SUV dalam kelasnya dengan sistem dwi penghawa dingin, seperti SUV besar yang lain. Lubang tambahan pada siling memberikan udara kepada penumpang di bahagian belakang dan mempunyai kawalan blower yang berasingan.

Rush dikuasakan oleh enjin petrol (3SZ-VE) 1.5 liter 4-silinder 16-valve DOHC dengan Variable Valve Timing with Intelligence (VVT-i). Walaupun kecil dalam sesaran, kuasa enjin yang dijanakan sehingga 109 ps pada 6,000 rpm dan tork 141 Nm boleh didapati kepada 4400 rpm.

Model baru bagi tahun 2015 adalah pertukaran kepada bantuan elektrik kuasa stereng (EPS) yang kini biasa dalam kereta penumpang. Bantuan daripada motor elektrik hanya disediakan apabila ia diperlukan dan dari sudut alam sekitar, adalah lebih baik kerana tiada minyak digunakan untuk sistem.

Toyota-Rush_seats

Jumlah bantuan berbeza mengikut kelajuan, lebih besar pada kelajuan yang lebih rendah untuk lebih mudah bergerak dan kurang pada kelajuan yang tinggi untuk memberi perasaan yang kukuh kepada pemandu.

Ketiga-tiga varian ini mempunyai beg udara SRS untuk pemandu dan penumpang depan. Ruang stereng dilipat supaya ia tidak akan tertolak kepada pemandu jika perlanggaran teruk. Sensor undur juga membuatkan pengunduran dengan mudah dan selamat.

Toyota Rush yang baru dinaik taraf dilancarkan hari ini boleh didapati dalam tiga varian dengan harga on-the-road termasuk GST dengan insuran bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut :

Rush Automatik 1.5S – RM103,300

Rush Automatik 1.5g – RM 100,300

Rush Manual 1.5g – RM98,000

Toyota-Rush_Dashboard-wide-angle

Terdapat lima pilihan warna body, satu daripadanya adalah warna baru. Lima pilihan warna badan disediakan, satu daripadanya adalah yang baru dalam rangkaian. Pilihan warna tersebut adalah Grey Metallic (Baru), Champagne Metallic, White, Black Metallic dan Silver Mica Metallic.

Seperti kebanyakan model yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, Toyota Rush baru datang dengan waranti 36 bulan/100,000 km (yang mana lebih awal selepas pendaftaran pertama), tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Buku Panduan Pemandu. Ini menampakkan kualiti binaan kereta Toyota dimana ianya dibuat di dunia kerana ianya dibina dengan standard yang tertinggi.

Previous post

Harley-Davidson Street ™ 750 Dari RM62,888.00

Next post

Aston Martin Dedahkan Model dan Strategi Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *