Berita Auto

Scania Credit Menegaskan Kesihatan Pemandu Dalam Meningkatkan Prestasi Pemanduan

Pertandingan Pemandu Scania 2014/2015 (SDC) telah meraih hampir 1,000 penyertaan dari Malaysia dan Singapura, dan menantikan banyak lagi menjelang tarikh tutupnya pada penghujung Julai.

Dalam mengejar taraf profesionalisme yang lebih tinggi dalam industri pengangkutan, pertandingan tersebut menyampaikan cabaran fizikal dan mental yang ketara dalam prestasi peserta untuk membawa penumpang atau kargo dengan selamat.

Oleh kerana pemandu merupakan aset yang paling bernilai buat pelanggan Scania, Scania Credit Malaysia – Rakan Penganjur Rasmi SDC 2014/2015 – tetap dengan pendirian bahawa taraf kesihatan dan kecergasan yang tinggi harus dikekalkan agar semua pemandu dapat membuat keputusan terbaik dengan segera untuk menghadapi sebarang situasi di atas jalan raya demi menjaga keselamatan kargo, kenderaan dan juga pengguna jalanraya yang lain.

DSC_9598

“Perkhidmatan kewangan dan insuran Scania Credit dapat memberi bantuan dalam memperoleh kenderaan baru, tetapi para pelanggan Scania harus ingat bahawa pelaburannya hanya berbaloi sekiranya pemandunya sihat dan cermat menjaga keadaan kenderaan dan keselamatan pemanduan tanpa mengambil risiko yang merugikan,” kata Pengurus Scania Credit Malaysia, Milan Yang.

“Satu cara untuk menjaga kesihatan, mengurangkan rasa letih dan meningkatkan kecergasan mental ialah dengan mengamalkan cara pemakanan yang tetap, berkhasiat dan seimbang, merangkumi karbohidrat, sayur-sayuran dan protin. Juga, rehat secukupnya bila diperlukan.

Pelanggan Scania yang membeli insuran dari Scania Credit mendapat pakej penyelesaian total untuk dilindugi daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. Namun begitu, pemanduan cermat harus dijadikan priority seperti pemanduan mengikut had kelajuan yang ditetapkan, menggunakan lampu isyarat (signal) apabila membelok, bersikap tolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain, dan bersopan santun mengikut tertib pemanduan. Melanggar had kelajuan boleh menyingkatkan masa penghantaran, tetapi akan menanggung risiko kemalangan yang tinggi,” ujar Yang.

Objektif SDC 2014/2015 bukan semata-mata mencari pemandu terhandal, tetapi mendidik para pemandu untuk mengutamakan keselamatan dalam membuat sebarang keputusan semasa memandu. Ini merupakan factor yang paling penting untuk mencemerlangkan industri pengangkutan di Malaysia.

DSC_9780

Previous post

Teaser SUV Qoros 2

Next post

Audi Keluarkan Video Memaklumkan Tentang TT Roadster Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *