Cerita Auto

Perodua Myvi Terima Anugerah Kereta Nilai-untuk-Wang Terbaik F&S Tahun Ini.

Perodua Myvi menerimaanugerah Kereta terbaik Nilai-untuk-Wang tahun ini (dalam kategori 1.3L ke atas) pada majlis Anugerah Tahunan Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia malam tadi.

Kemenangan Perodua Myvi berdasarkan kepada ukuran kuantiti yang termasuk jumlah penjualan bagi tahun 2014, harga jualan model 2014, kos peralatan, pengunaan bahan api dan kos total pemilikkan dalam jangkamasa 5 tahun atau sekitar 100,000KM pengunaan.

Perodua-Myvi-1.5_3_4_BACK-RIGHT

Perodua telah menjual lebih dari 830,000 unit Myvi sejak ianya dilancarkan dalam tahun 2005 dan kenderaan ini terus menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Bagi tahun kesebelas ini, Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia menilai dan mengiktiraf pemimpin industri dalam sector telekomunikasi, otomotif, tenaga, alam sekitar, penjagaan kesihatan dan logistik.

Tambahan lagi, anugerah Nilai-untuk-Wang Frost & Sullivan telah dipersembahkan kepada peneraju model kenderaan penumpang yang telah menunjukkan contoh dari segi kos pemilikkan yang ekonomi, penggunaan bahan api, kos peralatan dan khidmat.

Perodua-Myvi-1.5_1_4_FRONT-LEFT

Previous post

Jaguar XE Masuk Produksi di Solihull

Next post

Volkswagen Scirocco GTS Didedahkan di Shanghai

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *