Cerita Auto

Mercedes-Benz E 300 BlueTEC HYBRID, KL ke Bangkok, Dengan Hanya Satu Tangki Minyak

Berikutan dengan kejayaan memperkenalkan model enjin diesel-hibrid buat pertama kalinya di Malaysia, 12 wartawan dari Malaysia dan Thailand menjalankan satu cabaran memandu Mercedes-Benz E 300 BlueTEC HYBRID dari Kuala Lumpur ke Bangkok dengan hanya satu tangki minyak sahaja.  Perjalanan ini meliputi hampir 1,500km dengan pemanduan selama 22 jam.

E300-BTH-Drive-Day-2-1

Dengan sasaran untuk tiba di Bangkok tanpa mengisi semula minyak dan tanpa berkrompomi dengan keselesaan, wartawan akan menjelajah di sepanjang dua Negara ini, dengan menggunakan sepenuhnya mod pemanduan hibrid ini untuk menguasai keadaan jalan yang pelbagai, cuaca panas dan kesesakkan trafik.  Kesemua lapan kereta akan tiba di Bangkok menggunakan kurang dari 80 liter dari cacatan penggunaan bahan api terbaik pada 4.32/100km meliputi 1486 km dengan 476km baki perjalanan.

E300-BTH-Drive-Day-2-5

Walaupun penggunaan minyaknya ekonomi, enjin diesel 4-silinder dari E300 BlueTEC HYBRID ini menghasilkan 204hp dan 500 Nm.  Kombinasi enjin diesel dengan motor elektrik pada kadar 20 kW dan 250 Nm yang mampu mencapai dari 0-100km/j dalam masa 7.1 saat.

E300-BTH-Drive-Day-2-8

Penghibridan ini juga meningkatkan keselesaan semasa memandu: enjin kereta dihidupkan dengan bergerak lancar dengan senyap, manakala modul hibrid juga melembabkan sebarang pembakaran dalaman getaran enjin. Tambahan lagi, kawalan cuaca sepenuhnya disediakan juga dalam mod start/stop.

E300-BTH-Drive-Day-2-6 (1)

Tenaga elektrik pemanduan hibrid diberikan oleh bateri ion-litium voltan tinggi yang dibangunkan khusus untuk kegunaan kenderaan.  Ciri-ciri utama termasuk output sebanyak 19 kW dan perisian tenaga sebanyak 0.8 kWh, membolehkan E-class untuk bergerak atas kuasa elektrik sahaja pada 35 km/j dan untuk hingga satu km.

E300-BTH-Drive-Day-3-2

E 300 BlueTEC HYBRID baharu berharga RM338,888 (atas jalan tidak termasuk insuran).  Harga tidak termasuk GST.

E300-BTH-Drive-Day-3-5-Best-fuel-consumption-of-the-day-recorded-at-4.0litres-per-100km

E300-BTH-Drive-Day-3-6

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mercedes-benz.com.my

 

 

Previous post

Aston Martin Dedahkan Model dan Strategi Baharu

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini - Flo Rida (feat. Sage The Gemini and Lookas) 'GDFR (Noodles Remix)'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *