Cerita Auto

Hyundai i20 & Sonata Baharu Menang Red Dot Design Award

Tiga model baharu dari Hyundai Motor telah dinamakan pemenang Anugerah berprestij Red Dot Design Award.  Generasi baharu i20 Coupe, generasi baharu i20 lima-pintu dan Sonata serba baharu menerima penghormatan ini dalam program 2015 ini.  Pengiktirafan ini datang dari para juri bertauliah di antara mereka yang paling cemerlang dalam bidang rekaan.

Anugerah lain dalam kategori Automotif termasuk sokongan berganda bagi keluarga generasi baharu i20, direka di pusat rekaan Eropah Hyundai Motor, Russelsheim, Jerman.  Dengan generasi baharu i20 Coupe, Hyundai mengambil langkah untuk keluar dari norma industri dan, buat pertama kali, telah mencipta penampilan sporti tiga-pintu yang membezakan rekaan dari model lima-pintu.  Pendekatan inovatif telah diberi ganjaran oleh juri Red Dot, mengiktiraf keputusan berani mereka menghasilkan rekaan Coupe.

Rekaan lima-pintu i20 juga menandakan langkah besar untuk syarikat itu.  Dengan saiz badan yang lebih panjang, rendah dan lebar dari model terdahulu, kereta ini tampak lebih yakin.  Ini ditekankan dengan bonet yang panjang, A-pillars yang lebih tegak dan gril heksagon baharu – ciri-ciri karektor kereta Hyundai.  Garisan mudah dan elegan sepanjang badan, dan belakang terserlah dengan C-pillar hitam-gloss yang mencipta ilusi bumbung yang terapung.

Fokus rekaan Sonata serba baharu adalah ‘Inner Force’, ekspresi estatik bertujuan dan canggih yang menekankan kualiti dan kehadiran kereta itu.  Sonata serba baharu ini menawarkan penampilan lebih halus melalui citarasa rekaan Fluidic Scupture 2.0, struktur badan yang teguh, kualiti pemanduan lebih baik, mengurangkan kebisingan, gegaran dan kekerasan dan keselamatan tambahan dan ciri-ciri yang senang.

Peter Schreyer, Presiden dan Ketua Pegawai Rekaan Hyundai Motor Group, berkata: “ Kami amat sukacita dengan pengiktirafan yang diberi untuk rekaan kami dari para juri Red Dot yang diiktiraf. Pendekatan kami untuk mereka, merangkumi semangat progresif Hyundai, dan keputusan juri menunjukkan kemajuan kami menuju seluruh dunia.”

Setiap model yang menerima anugerah ini telah diinspirasikan oleh filosofi rekaan ‘Fluidic Sculpture 2.0’ yang diiktiraf dan diperakui, yang merangkumi aliran bentuk yang dinamik.  Ia merangkumi keharmonian manusia yang wujud bersama, digabungkan dengan kebijaksanaan pertumbuhan mampan dari evolusi alam semulajadi yang tidak berkesudahan untuk mewujudkan wawasan reka bentuk masa depan yang progresif dan bersemangat.

Seramai 38 pakar dari 25 negara dipilih sebagai juri – kesemuanya terdiri dari pereka berprofil tinggi, professor dan wartawan – menjadikan Red Dot Design Award diiktiraf seluruh dunia sebagai salah satu penanda aras untuk rekaan yang berkualiti.  Pertandingan bagi 2015 menarik seramai 4,928 peneyertaan dari 1,994 peserta di 56 Negara, menjadikan Red Dot Design Award sebuah pertandingan produk antarabangsa terbesar di dunia.

Red Dot Design Award 2015 adalah turutan kejayaan yang diapai dalam tahun 2014 bagi Genesis serba baharu dan Generasi baharu i10, dan ini meliputi setiap model yang diperkenalkan di Eropah sejak akhir tahun 2013.  Sonata serba baru dan Genesis menerima pengiktirafan untuk rekaan, dengan memenangi Anugerah Rekaan Terbaik 2014, manakala Generasi baharu i20 juga dianugerahkan dengan Anugerah Rekaan iF 2015 untuk gaya B-segmen yang tersendiri dan canggih.

Hyundai-All-new-Sonata

 

 

Previous post

Harga Baru Kereta Proton. Pengurangan sehingga 3.25% dengan pelaksanaan GST

Next post

Porsche Dedahkan Dua Versi Baharu Panamera

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *