Cerita Auto

Bateri Baharu Untuk Tesla Roadster Pada Ogos Ini

Dengan kejayaan dan berita mengenai Model S, agak memeranjatkan bila melihat tweet dari Elon Musk berkenaan berita terkini tentang Tesla Roadster.  Ceritanya, seorang pemilik kereta sport dua pintu agak kecewa dengan kurangnya berita terkini tentang model itu dan menghantar twitter kepada Musk.  Jawapan dari CEO Tesla ini berbunyi, “ bateri Roadster baharu akan mendapat pengesahan keselamatan sepenuhnya pada akhir bulan Julai ini, bermakna boleh mendapatkannya pada bulan Ogos.”

Tesla-Roadster-2

Naik taraf ini adalah perubahan fizikal dari segi rekaan perkakas untuk menambah rangkaian kereta mereka.  Ianya dijangkakan bahawa bateri baharu ini akan mencapai 70kWh dan menyimpan lebih kurang 30% tenaga walaupun mempunyai dimensi yang sama.  Terdapat juga aerodynamic bodykit baharu sedang dibuat, yang dilaporkan akan meningkatkan kecekapan daya seret Roadster kepada Cd 0.05, menurunkannya kepada Cd 0.31.

Walaupun Elise-based Roadster ini telah dikeluarkan tujuh tahun lalu dan masih dibayangi oleh model terdahulu yang lebih praktikal dan menarik, Tesla masih memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada model ini.

Tesla-Roadster-3

Previous post

Ford Keluarkan Maklumat Spesifikasi EU Mustang, Yang Telah Menerima 2000 Tempahan Setakat Ini

Next post

Subaru Outback serba-baharu telah dilancarkan – Harga dari RM225k

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *