Berita Auto

Aston Martin Berkongsi Rancangan Masa Depan Mereka

Aston Martin akan membangunkan dua platform baru, menambah varian crossover, meningkatkan barisan supercar mereka dan menggunakan perkongsian teknologi dengan Daimler sebagai sebahagian dari rancangan enam tahun mereka untuk mencapai keuntungan yang konsisten bagi jenama British yang sudah menjangkau 100 tahun ini.

“Di awal abad, kami bangkrap tujuh kali,” kata CEO, Andy Palmer. “kami mahu pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi pada abad kedua ini.”

Aston Martin mensasarkan pulangan keuntungan semasa rancangan kebangkitan semula berjalan, kata Palmer.  Bahagian utama pemulihan ini adalah menghasilkan varian crossover pertama mereka, yang akan siap sekitar 2019 dan konsep DBX pacuan empat roda telah dipamerkan di Geneva Auto Show bulan lepas.

Aston-6-e1424355834275

“Kami perlu kurang bergantung pada produk yang portfolionya kecil,” katanya lagi. “ia mungkin kedengaran agak kontroversi bila mengatakan Aston Martin akan menghasilkan varian crossover, tetapi adakalanya kita perlukan perubahan.”

Palmer, yang pernah bekerja di Nissan sebagai Ketua Pegawai Perancangan sebelum berpindah ke Aston Martin pada bulan September lalu, berkata bahawa SUV akan diikuti dengan sedan baharu dan model ketiga.  Ketiga-tiga model ini akan berkongsi satu platform baharu.

Sebelum ketiga kereta ini mula tiba, Aston Martin akan menyelesaikan kerja-kerja ke atas platform kereta sport baharu mereka yang akan menyokong penggantian rangkaian tiga model yang ada kini.  Kereta baharu pertama dari platform ini dijangka siap pada September 2016.

Aston-Martin-DB10-2

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Wiz Khalifa feat Charlie Puth 'See You Again'

Next post

Hyundai Cipta Imej Trek Tayar Terbesar Di Dunia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *