Cerita Auto

Volkswagen Transporter Berusia 65 Tahun

Ada orang yang bersara pada umur 65 tahun, tetapi yang ini baru saja bermula!.  Produksi pertama Volkswagen Transporter bermula 65 tahun dahulu dan ‘Bulli’ masih kukuh hingga hari ini.  Model pertama telah dibina di Wolfsburg sebelum produksi bermula di fasiliti baharu di Hanover dalam tahun 1956.  Tarikh ini juga menandakan permulaan ‘kisah cinta’ automotif yang unik: Hari ini, keseluruhan siri model ini telah meraih status kultus.  Samada hippi atau pedagang – semua orang memandu Transporter.

Semuanya bermula pada tahun 1947 dengan lakaran pensil: Pengimport kereta Belanda, Ben Pon, melihat kenderaan flat-bed yang ringkas di kilang Volkswagen dan mengambilnya sebagai idea asas, dia melakar garis dari sebuah Transporter dengan DNA Beetle dalam buku notanya.

VW-HAPPY-BIRTHDAY-BULLI_3

Pereka menggunakan enjin dan gandar dari Beetle.  Sebagai ganti pengunaan bingkai berbentuk tiub ditengah pada kereta keluarga yang popular ini, ianya mempunyai badan bersepadu yang dipasang pada bingkai  tangga.  Enjin 1.1 liter ini menghasilkan 18kW pada 3300 rpm.  Ianya boleh membawa hingga lapan orang dan dua baris tempat duduk belakang dengan mudah boleh dibuka untuk mendapatkan lebih ruang untuk muatan 750kg.

Produksi bermula pada 8 Mac 1950, di Hall 1, kilang  di Wolfsburg, dan 10 kenderaan telah dihasilkan setiap hari.  Pada akhir tahun 1950, 8001 Transporter telah dibina.  Ianya mendapat permintaan yang besar terutamanya harga mampu beli menjadikannya satu pilihan yang menarik kepada pedangang dan peniaga runcit.  Kenderaan unik ini juga menjadi tarikan pengekspot.  Kenderaan Volkswagen ini boleh membawa apa saja dan sesiapa saja: bahan-bahan binaan, runtuhan, makanan, suratkhabar dan curut.

VW-HAPPY-BIRTHDAY-BULLI_2

Bas Volkswagen ini dengan kotak perkhemahan diperkenalkan pada tahun 1951 di pameran automobil di Berlin.  Van pengantar dengan enjin terletak dibelakang tiba-tiba menjanjikan perjalanan yang sangat berbeza keseluruhannya.  Buat pertama kali, ianya mampu  membuat perjalanan di Alps.  Kemudiannya, ianya telah dipandu di India apabila pengikut hippi diperkenalkan pada ‘Bulli’.

Empat tahun selepas pelancaran produksi, Volkswagen Transporter yang ke 100,000 dikeluarkan dari barisan pemasangan di Wolfsburg pada tahun 1954.  Pada masa itu, terdapat 30 jenis model berbeza kenderaan itu.  Pengeluaran harian di Wolfsburg adalah pada 80 kenderaan tetapi ianya tidak dapat mengeluarkan lebih kerana kilang perlu memenuhi kapisiti produksi Beetle.  Jelas model Transporter perlukan kilang sendiri.

VW-HAPPY-BIRTHDAY-BULLI

Kerja-kerja pembinaan bermula pada awal Mac 1955 di Hannover-Stocken, dan kilang telah dibina dalam hanya satu tahun.  Pada Mac 1956, barisan pemasangan Transporter pertama ‘buatan Stocken’ telah disiapkan.  Ianya satu permulaan symbol masa depan ‘ tahun ekonomi mengkagumkan’.  Kini, sejumlah 11 juta kenderaan T-siri menjangkau lima generasi telah dikeluarkan seluruh dunia.

Produksi model generasi baharu, T6 telah dilancarkan tahun ini.  Bersama dengan T-siri, kilang Hannover-Stocken juga menghasilkan pick up  Amarok.  Kenderaan beriadah California yang berjaya ini dibina tidak jauh dari Limmer.  Lebih kurang 12,200 pekerja dibawa masuk di Kenderaan Komersial Volkswagen di tapak bisnes Hannover.

Kilang Poznan di Poland (5,700 pekerja) menghasilkan Transporter dan di Caddy, kilang lain sedang dibina berdekatan Wrzenia untuk Crafter baharu.  Hari ini, sejumlah elbih kurang 19,500 pekerja bekerja di jenama Volkswagen Commercial Vehicles.

 

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Faizal Tahir 'Assalamualaikum'

Next post

Porsche 911 GT3 RS: Prestasi Pemanduan Tertinggi bagi Model 911 

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *