Cerita Auto

SsangYong Tivoli Bakal Mencabar Juke & Captur di Eropah

SsangYong akan memasukki segmen SUV subkompak yang semakin berkembang pesat di Eropah dengan Tivoli, yang akan diperkenalkan buat pertama kali di Geneva Auto Show pada 3 Mac ini.  Kereta ini akan bersaing dengan model seperti Nissan Juke dan Renault Captur, menurut jurucakap SsangYong.

SsangyongTivoli3

SsangYong berkata Tivoli akan menawarkan enjin gasolin 1.6 liter apabila penjualan di Eropah bermula pada Mei ini.  Enjin diesel 1.6 liter dan pilihan pacuan empat roda boleh didapati bermula Julai ini.  Model Tivoli ini berdasarkan konsep XIV yang diperkenalkan pada tahun lepas di pameran auto Paris.

Penjualan kenderaan SsangYong di Eropah meningkat sebanyak 50% iaitu 8,190 buah dalam tahun 2014, menurut data dari JATO Dynamics.  Penjualan terbesar syarikat itu adalah model Korando SUV kompak, diikuti dengan Rexton, SUV bersaiz besar.  SsangYong menjangkakan Tivoli akan meningkatkan penjualan di Eropah dengan ketara sekali dan meramalkan penghantaran lebih dari 6,000 buah di UK sahaja pada tahun 2016.

SsangyongTivoli1

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Sixth Sense – ‘Hari Ini Dan Semalam’

Next post

Suzuki 2015 GSX-R1000 ABS

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *