Berita Auto

Rolls Royce SUV Kini Telah Disahkan

Rolls-Royce akan membangunkan SUV ultra-mewah dalam pelbagaian utama untuk jenama British BMW ini yang memang sudah terkenal dengan model sedan mewah.  CEO Torsten Mueller-Oetvoes hari ini berkata syarikat tersebut akan membangunkan sebuah kereta yang menawarkan “kemewahan yang dibawakan oleh Rolls-Royce dalam sebuah kenderaan yang melangkaui sebarang rupabumi.”

Badan kereta yang tinggi akan disokong oleh seni reka aluminium baru sepenuhnya tetapi Rolls-Royce belum lagi menentukan tarikh pelancaran kereta baharu itu, tetapi menyatakan telah mengambil keputusan untuk menbina kenderaan mewah off-roader setelah berunding dengan pelanggannya.  Model tersebut akan dibina di kilang Goodwood, England dan akan memasukki pasaran dalam jangkamasa tiga tahun lagi, jelas syarikat itu.

Kenyataan yang dibuat oleh Muller-Oetvoes baru-baru ini mengesahkan khabar yang diberikan awal tahun ini tentang Rolls-Royce SUV baharu itu. Rolls-Royce berbangga dengan kereta yang eksklusif  itu, dengan harga 200,000 euro (USD228,000) atau lebih.  Syarikat tersebut telah lama teragak-agak samada mahu membina sebuah SUV kerana bimbang ianya akan mengembangkan jenama itu terlalu jauh.

Ketinggian SUV telah terbukti terutamanya popular di Russi, China, Brazil, Malaysia, India dan pasaran baru lain dengan jalanraya yang teruk.  Dengan mengenalpasti perubahan trend telah mendorong Rolls-Royce untuk mempelbagaikan lagi rangkaiannya melangkaui model Phantom limousine, dengan memperkenalkan Wraith Coupe pada tahun 2013 dan Ghost II tahun lepas.

Rolls-Royce telah menjual sebanyak 4,063 ribu buah kereta tahun lepas, dengan jumlah semakin meningkat dengan kukuh sejak tahun 2003, apabila mereka menghantar 300 buah kereta.  Saingannya, Bently, yang dimiliki oleh Volkswagen, berkata, mereka telah menerima lebih kurang 4,000 tempahan awal untuk model Bentayga SUV, yang dijangka akan berada di bilik pameran pada tahun 2016.

rolls-royce-suv1

 

Previous post

Rancangan USD1.89 Bilion Oleh Hyundai Motor Co.

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Meet Uncle Hussein – ‘Lagu Untuk Mu’

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *