Berita Auto

Musim 2015 Bukan Kes Pasukan Lain Mengurangkan Jarak Dengan Mercedes AMG Petronas

Nampak gayanya Mercedes AMG Petronas bertambah kuat. Jarak bertambah jauh.

Lewis Hamilton menguasai Grand Prix Australia untuk mempertahankan kejuaraan dunia beliau dengan permulaan yang sempurna.

Dia memandu berukur, mengawal jurang beliau dari rakan sepasukan Nico Rosberg.

Persembahan Ferrari tampak baik dan dengan pemandu baru mereka Sebastian Vettel mengambil tempat ketiga, menewaskan Williams, Felipe Massa.

Raikkonen tidak dapat mencabar Massa selepas hentian kedua  mengalami masalah dengan roda yang sama untuk kedua kalinya. Beliau telah dilepaskan dari pits dengan tayar belakang kiri tidak dipasang kemas dan terpaksa berhenti hanya selepas empat selekoh.

FIA akan menyiasat Ferrari melepaskan Raikkonen walaupun bermasalah yang sama di kedua-dua pitstop dan pasukan akan didenda kerana melepaskan kereta yang tidak selamat.

Screen Shot 2015-03-15 at 3.15.55 PM

Previous post

Kenali Safety Car Baru Musim 2015

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Mark Ronson feat Bruno Mars 'Uptown Funk'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *