Cerita Auto

Model Baharu Audi R8 DiPerkenalkan Sebelum Geneva Motorshow

Nampaknya rekaan model Audi terbaru menjurus kepada masa depan.  Dengan pelancaran TT tahun lepas, jelas arah yang ditunjukkan Audi untuk kereta sport mereka lebih menjurus kepada konsep kereta Quattro yang telah diperkenalkan Audi pada tahun 2010.  Kesamaannya jelas kelihatan, dari segi rekaan gril dan bentuk keseluruhannya.  Jenis warna juga agak menarik, yang memfokus kepada warna pastel berbanding gloss, jenis gaya logam lembaran rata yang menonjolkan betapa futuristik kereta ini kelihatan.

2016-Audi-R8-1

Model R8 baru ini dikuasakan secara eksklusif oleh pelancaran V10, tetapi terdapat 2 perbezaaan dari segi penalaan.  Enjin 5.2 FSI boleh didapati dalam dua versi: versi pertama adalah 397 kW (540hp) dan versi sporting 449 kW (610hp).  Model ini memacu dalam masa hanya 3.2 saat dari 0-100km/sejam (62.1 mph) dan terus memecut hingga kelajuan maksimum 330 km/sejam (205.1 mph). Maksimum tork adalah pada 6,500 rpm, lebih penuh dan tajam.  Transmisi S tronic 7-kelajuan dan sistem pemanduan Quattro yang baru dibangunkan menghantar kuasa ke atas jalan.  Pengedaran pemanduan tork disesuaikan dengan situasi pemanduan – dalam kes ekstrem, 100 persen tork boleh dihantar pada gandar depan atau belakang.  Mod prestasi baru dalam model Audi ini boleh memilih sistem kawalan dinamik yang disesuaikan pada parameter pemanduan dinamik yang penting kepada pekali geseran atas jalan.

2016-Audi-R8-4

 

Model R8 V10 plus mempunyai berat 1,454 kg (3,205.5Ib).  Walaupun terdapat banyak peralatan tambahan dan sangat tegar, berat Audi R8 baharu ini hingga 50 kg (110.2Ib) kurang dari model terdahulu.  Bahan multi Audi Space Frame (ASF) memastikan berat yang kurang dan pengedaran beban gandar yang optimum.  Kombinasi aluminium dan gentian karbon mengukuhkan plastic (CFRP) dalam Audi Space Frame membuka dimensi baru dari segi berat, ketegaran dan tingkahlaku kemalangan.  Bahagian bawah badan yang aerodinamik meningkatkan downforce.  Chasisnya, juga, dengan suspensi palang siku berkembar memperlihatkan dekatnya model Audi R8 baharu ini dengan sukan motor.

2016-Audi-R8-6

Rekaan model R8 ini mencerminkan karektor sporti berkuasa tinggi.  Perbezaan dari segi penampilan visual juga memberikan pembaharuan keselamatan yang datang dalam bentuk lampu depan LED.  Untuk ruang tambahan penglihatan  dan lebih terang, Audi menawarkan spot laser untuk lampu tinggi sebagai pilihan – komplemen oleh isyarat belok dinamik pada bahagian depan.  Isyarat belok dinamik  ini adalah standard bagi bahagian belakang.

2016-Audi-R8-3

Dalam kokpit Audi baharu ini, paparanya adalah digital.  Kawalan yang paling penting di kumpulan bersama dalam kluster butang pada stereng, juga dikenali sebagai satelit.  Pemandu akan merasakan duduk didalam sebuah kereta lumba.  Kawalan penghawa dingin menunjukkan mudahnya mengawal panel kawalan dengan efek awangan.  Navigasi MMI dan sesentuh MMI Penjualan Audi R8 baharu ini akan bermula pada pertengahan 2015.  Harga adalah dari 165,000 euro untuk R8 V10 dan 187,400 untuk versi rangkaian tertinggi R8 V10 plus.  Dan juga yang masih dalam pembangunan adalah model elektrik sepenunhnya R8 e-tron dan R8 LMS, di mana keduan-duanya akan berjalan sepanjang tahun ini.  Model e-tron akan dijual pada umum sekiranya permintaan mencukupi.

2016-Audi-R8-2

Previous post

Masa Pusingan Nurburgring 2015 Civic Type R - 7:50:63

Next post

Aston Martin Umum Trek-Sahaja 800+ bhp Supercar Vulcan

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *