Cerita Auto

Ford Pamerkan Mustang Baharu Yang Ikonik Buat Pertama Kali DiMalaysia

Hanya ada beberapa model saja yang boleh diakui sebagai ‘Ikon’.  Bila berfikir tentang kereta ikonik buatan Amerika, kita terfikir tentang kereta Mustang.  Baru-baru ini Ford Motor Company mempamerkan kereta Mustang baharu di Publika, Solaris Dutamas dari 11-15 Mac, lebih awal dari ketibaan resmi dibilik pameran seluruh Negara pada bulan Disember.  Acara itu menandakan pertama kali generasi baru kenderaan buatan Ford yang ikonik itu telah diapmerkan di Malaysia.

Ford-Mustang_GT_2015_1024x768_wallpaper_12

Sempena ulangtahun ke-50 pengeluaran kereta itu, kereta sport Amerika ini akan menerokai dunia, dengan Malaysia terpilih sebagai antara pasaran kereta pemanduan kanan yang akan menerima Mustang baharu ini.  Selari dengan idea rangkaian kereta global Ford, Mustang dibangunkan dan diuji untuk berfungsi dengan sempurna dalam pasarandan situasi yang pelbagai.  Ini bermakna tidak lama lagi Malaysia boleh membeli warisan automotif ini buat pertama kalinya.

Ford-Mustang_GT_2015_1024x768_wallpaper_3f

Mustang fastback dan convertible akan ditawarkan di Malaysia, dengan pilihan enjin 5.0 liter V8, menghasilkan 435 hp dan tork 390 Ib.-ft, atau enjin turbocharge 2.3 liter EcoBoost, kecekapan penggunaan bahan api, menghasilkan 310 hp.  Tentunya enjin Ecoboost akan bakal jadi model lebih popular, dengan kombinasi cukai jalan kapisiti kecil dan kecekapan pengunaan bahan api yang tinggi, sementara masih mampu menghasilkan kuasa yang cemerlang.

Ford-Mustang_GT_2015_1024x768_wallpaper_04

Dibina di Flat Rock Assembly Plant di U.S., Mustang baharu ini adalah versi yang paling maju setakat ini, rekaan baharu yang anggun untuk fastback dan convertible, dan juga pengawalan yang bertaraf dunia, kawalan stereng yang lebih tepat dan pembaharuan dari segi keselesaan memandu.  Interpretasi rekaan klasik ini yang lebih moden dan gagah juga lebih cekap dari segi aerodinamiknya, meningkatkan kecekapan pengunaan bahan api dan prestasi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ford.com.my atau www.facebook.com/FordMalaysia, dan untuk mengetahu lebuh lanjut tentang warisan Mustang ini, layari www.youtube.com/FordMustang

Ford-Mustang_GT_2015_1024x768_wallpaper_0b

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Mark Ronson feat Bruno Mars 'Uptown Funk'

Next post

Aston Martin Kekal Dengan Enjin Lamanya.

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *