Cerita Auto

Berakhirnya Beetle?

Laporan telah menyatakan bahawa Volkswagen bakal menghentikan pelbagai model pada tahun depan sebagai salah sebuah jenama terbesar didunia, dan paling besar di Eropah, sedang melihat untuk meningkatkan keuntungan, bukan hanya penjualan.  Terbaru mungkin akan menjadi satu kontroversi, apabila versi 3-pintu Polo supermini dan Beetle coupe terkenal mungkin akan dihentikan pengeluarannya.  Menurut satu sumber, menjangkakan bahawa dengan menghentikan versi 3-pintu dari generasi Polo seterusnya, mungkin berakhir pada 2018, Volkswagen boleh mengurangkan kos sebanyak 200 juta euro.

PoloBeetle1

Polo sudah berada dalam produksi hampir empat dekad, menjadikannya kereta Volkswagen ketiga paling berjaya dalam sejarah.  Namun begitu, permintaan untuk model 3-pintu adalah rendah kerana ianya kurang praktikal sedangkan model 5-pintu, berharga hanya lebih 500 euro dari model 3-pintu.  Syarikat lain telah pun mengambil langkah ini seperti Renault, yang telah menghentikan model 3-pintu Clio pada tahun 2012.

Langkah yang akan menjadi lebih kontroversi adalah kemungkinan mereka akan menghentikan pembikinan Beetle sepenuhnya.

Ternyata Volkswagen sanggup buat apa saja untuk mengekalkan status sebagai peneraju automotif.  Mereka sanggup menghentikan pengeluaran kereta mampumilik yang menjadikan mereka terkenal dan bertekad untuk menampilkan teknologi baru seperti XL1 atau Golf GTE.  Mereka juga akan beralih kepada segmen premium dengan Phaeton baharu yang kemungkinan besar akan terus menwarkan enjin W12.

volkswagen_beetle_1

Previous post

Turbo Akan Jadi Standard Untuk Civic Baharu

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Samsons – ‘Naluri Lelaki’

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *