Berita Auto

Barisan Tim Pelumba Lamborghini Squadra Corse 2015 Blancpain Endurance Series Grasser

Lamborghini Squadra Corse telah mengumumkan barisan pelumba bagi Blancpain Endurance Series, kejohanan berprestij dan paling penting dalam perlumbaan GT di Eropah tahun ini.  Dua buah Lamborghini Huracan GT3 baharu akan dipandu oleh Tim Lumba Grasser GRT Austrian.

Berkongsi kereta #19 adalah Fabio Babini dari Itali, Jeroen Mul dari Belanda, dan Andrew Palmer dari Amerika.  Bagi #63, krew terdiri dari Adrian Zaugg, Afrika Selatan dan Mirko Bortolotti dab Giovanni Venturini dari Itali.

lambo

Fabio Babini dan Adrian Zaugg telah pun terlibat dalam pembangunan kereta GT3 dalam tahun 2014 sebagai pemandu uji sah bagi Lamborghini Squadra Corse, manakala Mirko Bortolotti baru-baru ini telah dilantik sebagai Factory Driver selepas pencapaiannya dalam tahun 2014.

Tiga pemandu yang lain terlabita dalam Program Pemandu Muda Lamborghini tahun lepas, juga mengambil peranan sebagai sebahagian dari Program Junior GT3.  Program baru ini memaparkan langkah seterusnya dari Program Pemandu Muda, dengan sasaran untuk membantu bakat terbaik membina karier sukan motor mereka.  Jeroen Mul, berusia 24 tahun, adalah Naib Juara Lamborghini Blancpain Super Trofeo Eropah 2014 dalam kelas PRO dengan lima kemenangan dicapainya.  Andrew Plamer menang Juara Dunia Super Trofeo PRO-AM di Vallelunga,2013, dan menamatkan musim 2014 dengan cemerlang.  Birko Bortolotti (25 tahun) dan Giovanni Venturini (23 tahun) yang cemerlang dalam debut mereka di Perlumbaan GT, juga terlibat dalam Lamborghini Blancpain Super Trofeo Eropah tahun lepas.

Blancpain Endurance Series, diuruskan oleh Stephane Ratel Organization (SRO), membuka pusingan di Monza pada 11-12 April, hujung minggu yang sama yang menyaksikan permulaan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Eropah.  Pusingan di Silverstone (23-24 Mei), Paul Ricard (19-20 Jun), Spa-Francorchamps (25-26 Julai) dan Nurburging (19-20 September) menyusul.

Lambo-Huracan_GT3_LineupH1

 

Previous post

Mercedes AMG GT3 Dipamerkan di Geneva

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Moby 'Extreme Ways'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *