Berita Auto

Projek Aprillia RS-GP Buat Kemunculan Pertama di Sepang

Tiga hari pertama ujian MotoGP 2015 telah pun berakhir di Litar Sepang di Malaysia.  Informasi penting telah dicatatkan dari ujian 3 hari bagi tim Aprillia Racing Gresini.  RS-GP baharu menunjukkan potensi baik yang kini perlu diperhalusi dengan sepenuhnya.  Berbanding dengan versi terdahulu, yang telah dibina pada dasar yang dipakari oleh Bahagian Aprillian Racing, perubahannya memerlukan pemeriksaan yang rapi.

ApriliaGresini_Bautista

Romano Albesiano, Pengurus Aprillia Racing memberikan pandangan tentang ujian pertama di Sepang: “ Saya boleh mengesahkan apa yang saya perkatakan semalam.  Keputusan awal sangat positif, memandangkan ini adalah langkah pertama yang diambil untuk RS-GP baharu ini dan kemunculan semula Aprilliia ke MotoGP adalah setahun lebih awal dari yang dijadualkan dengan pembinaan projek tersebut sepenuhnya sepanjang musim perlumbaan.  Untuk berkembang kami perlu bercampur dengan pesaing kami secepat mungkin dalam suasana perlumbaan, dengan mengambil kira cabaran yang bakal dihadapi oleh projek terbaru ini’.

Fausto Gresini: “Memandangkan hakikat bahawa projek ini masih baru dan buat masa ini kami jelas masih tidak berminat untuk mencatat masa pusingan, saya rasa prestasi Bautista disepanjang tiga hari ini adalah positif.  Perlu diingatkan juga bahawa Sepang adalah antara trek yang paling mencabar dan sukar untuk kejohanan tersebut.  Setelah menguji Aprillia RS-GP baharu, Alvaro mengambil keputusan untuk fokus kepada versi 2014 yang lebih selesa untuknya buat masa ini.  Bersama tim mekanik, beliau bekerja keras untuk mengumpul data besar yang akan digunakan oleh jurutera Aprillia Racing untuk membangunkan pakej teknikal.

ApriliaGresini_Melandri

Pada Melandri pula, kami tahu ianya bukan perkara mudah untuk beliau menyesuaikan diri dengan situasi teknikal baru sepenuhnya.  Marco perlu menyesuaikan gaya pemanduannya kepada jenis tayar ini dan kami tahu ia akan mengambil masa.  Kami mempunyai keyakinan pada beliau.  Apa yang penting ialah beliau perlu fokus dan bersungguh”.

Marco Melandri dan Alvaro Bautista, pelumba yang diberi tanggungjawab untuk membangunkan projek Aprillia MotoGP baharu ini, bekerja keras sepanjang tiga hari ini, menilai bahan baru dan mengadakana ujian perbandingan dengan versi motor terdahulu.  Walaupun satu-satunya perubahan yang dibuat untuk Alvaro adalah motor, Marco pula perlu menyesuaikan dengan suasana baru dengan pakej teknikal yang sangat berbeza  berbanding dengan yang digunakan beliau tahun lepas.

Bautista mencatat masa terbaik iaitu 2’01.924 dari jumlah 157 pusingan, manakala Melandri menamatkan 156 pusingan dengan mencatat masa terbaiknya 2;03.641.

ApriliaGresini_Bautista1

Previous post

Porsche 911 Akan Guna Enjin 2.7L? Adakah Ini Betul?

Next post

Toyota Fortuner Dikemaskini Untuk Tahun 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *