Berita Auto

Mazda2 SKYACTIV Dijelaskan. Jargon Teknologinya Dipermudahkan

Apa sebenarnya SKYACTIV? Jika anda baca penjelasan Mazda, sukar untuk memahami terminologi teknikal dan kejuruteraan, tetapi sebenarnya SKYACTIV lebih muda difahami dari yang lainnya sebagai contoh teknologi Hibrid.

mazda2_9

Ini kerana pada terasnya, SKYACTIV menggunakan komponen mekanikal yang kita semua tahu seperti pembakaran tradisional enjin, 6-kelajuan manual dan transmisi serta casis automatik. Tiada enjin elektrik atau transmisi CVT yang rumit, dan bahan yang digunakan dalam mencipta casis adalah berteknologi tinggi tetapi bukan eksotik.  Tiada penggunaan karbon fiber atau aluminium yang mahal.

Intipatinya, matlamat disebalik teknologi SKYACTIV ini adalah untuk meningkatkan elemen yang membolehkan kereta bergerak maju.  Mazda memang telah lama dikenali sebagai pengeluar kenderaan yang seronok untuk dipandu, dinamik dan sporti berbanding dengan saingannya.  Namun begitu, model terdahulu tidak dikenali sebagai kenderaan yang menggunakan bahan api ekonomi.  Jadi, Mazda kembali membuat kajian untuk melihat bagaimana mereka boleh meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api tanpa menjejas pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.

mazda2_17

Mereka mencari bagaimana untuk meningkatkan enjin, transmisi dan casis.  2 elemen utama telah diperiksa dan ditingkatkan: berat dan kecekapan.  Lebih berat enjin, transmisi dan casis, lebih banyak penggunaan bahan api.  Oleh itu, dengan mengurangkan berat, dapat mencapai lebih prestasi untuk setiap titik bahan api yang digunakan. Dengan meningkatkan kecekapan, bermakna sebagai contoh mengurangkan geseran dalaman pelbagai mekanikal komponen dan membolehkan udara bergerak lebih bebas dalam enjin, boleh mengurangkan penggunaan bahan api dari pembaziran.

Intipatinya, Mazda melihat bagaimana menggunakan enjin, transmisi dan casis untuk menjadikannya berdaya lebih baik.  SKYACTIV tidak mencipta semula roda, ia hanya pastikan semua berjalan lebih cekap dengan pembaziran yang minimum.

mazda2_3

Previous post

Trending Pencarian Google Kereta di Malaysia.

Next post

18 Lebuh Raya Tawar Diskaun, Rebat Tol Sempena Tahun Baru Cina

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *