Berita Auto

Lexus Akan Keluarkan Saingan Smart & Mini

Konsep Lexus LF-SA yang akan didedahkan tidak lama lagi akan memperlihatkan model masa depan, Audi A1 atau kereta mikro Daimler Smart ForFour yang akan menjadi saingan kepada model Mini BMW Group.  Pihak Lexus berkata model LF-SA akan diperlihatkan di Geneva Auto Show pada bulan Mac ini tetapi menolak untuk memberi maklumat lanjut selain hanya memberikan gambar teaser konsep itu.

smart-fortwo-2015

Menurut laporan, kereta ini akan dijual pada tahun 2018 dan akan diletakkan dibawah CT, jenama paling laris di Eropah.  Seperti CT, produksi LF-SA akan menawarkan hanya rangkaian kuasa hybrid, menurut laporan.  Asas subkompak pada model LF-SA boleh memberikan meningkatkan jualan Lexus di Eropah di mana jenama ini telah gagal untuk menyaingi pesainganya iaitu model premium Jerman.

Lexus telah menjual sebanyak 31,079 buah kereta di pasaran EU dan EFTA tahun lepas, meningkat 30% dari tahun sebelumnya, menurut persatuan industri ACEA.  Jenama ini mempunyai perkongsian pasaran di Eropah hanya sebanyak 0.2 persen berbanding dengan Audi sebanyak 5.6 persen, jenama BMW 5.5 persen dan jenama Mercedes 5 persen.  Model CT adalah kereta paling laris Lexus di Eropah untuk tahun lepas dengan jualan meningkat 9 persen iaitu 10,140 buah.

Lexus-LF-SA

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini - Queen 'Don't Stop Me Now'

Next post

Lotus Evora 400, Serba Baharu Bagi Tahun 2015.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *