Berita Auto

Infiniti Q70 Terima Mercedes Diesel

Model baharu Q70 2.2d, dikuasakan oleh enjin diesel empat-silinder yang dibangunkan sebagai sebahagian dari kerjasama strategik Infiniti dan Daimler akan mula berada dipasaran global tidak lama lagi.  Disesuaikan dengan transmisi standard automatik tujuh-kelajuan dan terdapat paddleshift (mengikut model tertentu), unit baharu 2.2 diesel dalam Q70 menghasilkan hanya 129g/km CO2 serta menawarkan prestasi memberangsangkan, terima kasih kepada 170PS dan tork 400NM.

infiniti_q70_eu_12_128

Kereta ini datang peralatan standard seperti LED lampu depan sepenuhnya, citarasa krom pada gril depan, kamera rear-view, sensor parkir depan dan belakang dengan sistem perhubungan standard + navigasi, roda 18 inci dan kerusi kulit dengan pengudaraan, dan ini merupakan spesifikasi standard Infiniti.  Versi lain dalam rangkaian baru ini termasuk ‘Sport’ dengan penampilan yang lebih hebat pada bumper depan, brek yang dinaiktaraf dan roda 20 inci, antara lainya.

infiniti_q70_eu_12_1280x96

Terdapat dua pilihan model iaitu Premium dan Sport, di mana model Tech datang dengan Infiniti Dynamic Safety Shield (kawalan perjalanan pintar, lane departure prevention dan blind-spot intervention), Bose Premium Surround Sound dengan 16 speaker dan Around-View Monitor dengan Moving Object Detection dan penyaman udara Forest.

infiniti_q70_eu_12_1280x9

Sama seperti enjin diesel 2.2 baharu, model Q70 untuk tahun 2015 boleh didapati juga dengan kuasa enjin petrol V6 3.7 liter, dan untuk flagship, rangkaian kuasa Infiniti Direct Response Hybrid .  Manafaat dari pembaharuan yang diperkenalkan pada Q50S Hybrid, Q70 Hybrid terkini menawarkan lebih prestasi – pecutan dari 0-62mph dalam masa 5.3 saat – dan kecekapan lebih hebat dengan emisis CO2 pada 145g/km.

infiniti_q70_eu_12_12

infiniti_q70_eu_12_1280

Previous post

F1. Hari Kedua Dan Ketiga Testing Di Jerez

Next post

Peminat Bertuah Alami Kehebatan Perlumbaan Tahan Lasak

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *