Cerita Auto

Gambar Intip Model Toyota Hilux 2016

Generasi terbaru dari Toyota Hilux akhirnya tiba untuk menggantikan versi lama yang sudah hampir 10 tahun dan masih sebuah kenderaan yang berkeupayaan dan boleh dipercayai tetapi sudah nampak agak lapuk dibandingkan dengan Ford Ranger dan Isuzu D-Max apabila melihat pada penampilan dan reka dalamannya.

Ini adalah gambar Hilux baharu yang kelihatan lebih baik rekabentuknya.  Tiada lagi lampu depan yang besar dan bumper ala 90an.

Model baharu ini lebih mengikut rekaan Toyota Keen Look, iaitu lebih nipis, lampu depan yang lebih panjang dengan garis tipis LED daytime running lights, gril atas yang melengkok, saluran rendah trapezoid dan juga garis sisi yang lebih nampak tajam.

Hudnya tampak lebih terbonjol pada hujungnya dan gerbang dapra yang seperti terlekat pada

Sebagai kenderaan pickup Toyota pada tahap global, Hilux akan menawarkan tiga gaya cab (Single Cab, Extended Cab dan Crew Cab) dengan beberapa siri enjin.  Unit diesel 2.5 liter atau 3 liter yang ubahsuai mungkin akan ditawarkan sebagai permulaan.

Toyota_Hilux_2

Previous post

Penghasilan Kuasa Enjin Ford Fiesta ST-1.6L EcoBoost®

Next post

Trending Pencarian Google Kereta di Malaysia.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *