Cerita Auto

MINI Terus Kukuh Dalam Dakar Rally

Dua hari telah berlalu sejak laporan akhir kami tentang progress tim MINI Dakar Rally.  Setelah menamatkan peringkat ke enam  Rally, boleh dirumuskan prestasi setiap peserta melalui keadaan yang sungguh mencabar.

Di akhir peringkat ke-6, ketua Rally Nasser Al-Attiyah berjaya mendudukki tempat ke 2 dengan masa 11 minit an 12 saat walaupun di peringkat ke-5 berkesudahan di tempat ke-3, dengan tempat pertama didudukki oleh ahli kumpulan MINI ALL4, Vladimir Vasilyev, dan pemandu bersama, Konstantin Zhiltsov.  Peringkat ke-5 merentasi 458 km dengan jalan yang berbatu dan debu halus, menyeberangi dengan berkesan di Gurun Atacama.  Satu ujian kemahiran navigasi kepada Al-Attiyah yang telah memperlihatkan persembahan yang solid sebelum mengalami taray pancit dengan hanya tinggal 10 km untuk menamatkan perlumbaan.

Sebagai persiapan menghadapi Dakar Rally, krew telah dilatih dalam kecekapan membaiki kereta sama seperti mereka memandunya. Penukaran tayar rosak untuk satu dari tiga tayar ganti kereta Dakar dibenarkan dan ianya mengambil masa hanya 1 min 35 saat, dan ini membenarkan Al-Attiyah untuk meneruskan perlumbaan dengan hanya sedikit saja masa terbuang dan ketinggalan dielakang.

Peringkat ke-enam lebih pendek jaraknya tetapi memfokus lebih kepada pemanduan teknikal.  Jalan bergerigi diikuti dengan pasir halus memberikan dua kadar ukuran yang berbeza dan memerlukan kemahiran pemanduan yang berbeza.  Sekali lagi peserta MINI berjaya mencapai keputusan yang cemerlang, dengan mengambil tempat pertama dan ketiga untuk peringat itu.

Minggu ini akan menyaksikan peringkat yang lebih mencabar dalam rally Dakar, dengan dua peringkat berturut-turut tanpa sokongan teknikal.  Untuk peringkat seterusnya akan membawa Dakar rally ke kawasan gunung sepanjang 321 km dengan jalan berliku di plateau di paras 3900 meter.

Previous post

David Guetta Berangan Jadi Pelumba Formula 1

Next post

Jaguar F-PACE Akan Dilancarkan Pada Tahun 2016

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *