Cerita Auto

Jaguar Akan Menyerlah Dalam Tahun 2015

Jaguar telah bersedia untuk mencipta rekod bagi tahun 2015 dan meneruskan peningkatan dalam penjualan global melebihi 200,000 bagi dekad ini apabila pelaburan besar besaran dalam produk, kilang dan asas mula menjana dividen.   Ia adalah satu pemulihan yang besar bagi Jagura yang satu masa dulu kekurangan pengeluaran produk dan hampir membangkrapkan jenama British ini, di mana jumlah global merosot kepada kurang daripada 43,000 pada tahun 2010. Sejak dari itu, Jaguar telah dicipta semula untuk bersaing secara agresif dengan German dalam segmen utama global. Dan mereka telah melakukan dengan bantuan eksekutif2 yang mempunyai kepakaran dan pengalaman di peringkat global sebagai pemimpin kereta premium BMW.

jaguar_xe_9

Beberapa persoalan yang akan dihadapi oleh Jaguar, bagaimanapun, termasuk:  Berapa banyak keewangan yang akan diambil untuk memasukki pasaran segmen bersaiz sederhana ini yang sangat kompetitif dan harga pasaran yan sensitive? Mampukan mereka menyerlah dalam penjualan secara global yang sedang dikuasai secara besar-besaran oleh pesaing dari German, terutama dalam pasaran seperti China?

Kebangkitan semula Jaguarbermula dalam bulan Mei dengan kedatangan XE, yang memberikan model bersiaz sederhana yang ditunggu-tunggu untuk menyaingi BMW 3 siri, Mercedes-Benz C class dan Audi A4. Model Xe juga adalah antara kereta Jaguar yang baru yang akan disokong oleh platform aluminium ringan bagaru yang cipta oleh pembikin auto mereka.  Jaguar Land Rover telah melabur sebanyak 2.5 bilion euro untuk membangunkan platform ini bersama dengan rangkaian enjin baharu yang menggunakan bahan api yang efisyen.  Pulangan hasilnya diperolehi dari permintaan global ke atas land Rover SUV yang tidak dijangka.

Paltform ini juga akan menghasilkan penggantian untuk model premium besar XF, yang dijangka akan berada di pasaran lewat tahun ini, dan juga model SUV Jaguar yang pertama.  Apabila SUV tiba, empat dari lima rangkaian kereta Jaguar akan menjadi kurang dari 3 tahun usianya.

jaguar_xe_8

Previous post

A Pie Thing #JejakMakanRoss 007

Next post

Mazda 2 SKYACTIVE Tiba di Malaysia Dengan Harga Dari RM87,956.00

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *