Cerita Auto

Chevrolet Memperkenalkan Konsep Bolt EV; 200+ Electric Miles

Baru-baru ini di North American International Auto Show (NAIAS), Chevrolet telah memperkenalkan konsep Bolt EV crossover iaitu satu visi untuk semua rangkaian kenderaan elektrik mampu milik yang direka untuk menawarkan jarak lebih 200 batu bermula dari USD30,000.  Konsep Bolt EV direka untuk menawarkan prestasi jarak jauh di 50 negara dan kebanyakan pasaran global.

Pemandu boleh memilih mod operasi direka untuk mereka yang mahukan gaya pemanduan seperti perjalanan ulang alik setiap hari dan perjalanan hujung minggu.  Mod itu melaras pemetaan pedal pemecut, ketinggian panduan kenderaan dan suspensi tuning.  Konsep Bolt EV juga direka untuk menyokong pengecasan DC yang pantas.

Kami telah mencipta teknologi maju yang hebat yang mudah dan mampu milik untuk pelanggan Chevrolet mengintergrasikan kenderaan elektrik sepenuhnya dalam kehidupan seharian mereka.  Konsep Bolt EV menunjukkan komitmen General Motor untuk membekalkan elektrik dan keupayaan teknologi maju EV kami.  Konsep Bolt EV adalah kenderaan elektrik yang mengubah industri yang direka untuk pencapaian bukan eksklusif.

—General Motors CEO Mary Barra

Konsep Bolt EV secara praktikal tiada unjur pada depan dan belakang: ianya memberikan lebih ruang dalaman dan direka untuk menghasilkan suasana ruang selesa untuk 4 penumpang.  Bahan2 yang ringan, termasuk aluminium, magnesium, karbon fiber dan jaring tenunan, komplemen dengan rekaan, sementara memandu dalam keadaan penurunan membantu memaksimumkan rangkaian.  Ciri2 Aero-optimizing seperti vented fender belakang juga menyumbang pada rangkaian.

Membenarkan penggunaan telefon pintar.  Konsep teknologi boleh diakses melalui telefon pintar dengan konsep aplikasi Bolt EV Connect yang direka untuk:

  • Membolehkan pengurusan memandu-kongsi, termasuk tempahan, lokasi kenderaan, kunci digital dan juga proses pembayaran melalui telefon pintar.
  • Kapasiti skrin warna sesentuh yang besar, 10 inci dengan ciri-ciri interface komplemen dengan konsep applikasi Bolt EV Connect. Ia juga membolehkan unjuran semua aplikasi dan data dari telefon pintar lain ke skrin.
  • Menggabungkan konsep teknologi automatik parkir-dan-retrievel, yang membolehkan pemandu untuk keluar dari kenderaan itu dan memberitahu konsep Bolt EV untuk memparkir sendiri. Apabila tugas selesai, konsep Bolt EV boleh dipanggil untuk kembali kepada lokasi pemilik.

chevrolet-bolt2

Previous post

Lotus Keluarkan Elise S Cup Baharu

Next post

Hyundai Menawarkan Bantuan Kepada Pelanggannya yang Terjejas Akibat Banjir

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *