Cerita Auto

Volkswagen Golf & Golf R Merangkul 3 Anugerah

Volkswagen Malaysia mengumumkan minggu ini bahawa model Golf dan Golf R, telah menerima penghormatan dalam dua acara kereta tahunan yang berbeza di Malaysia.  Sebagai tambahan kepada anugerah2 yang diterima, generasi ketujuh Golf 1.4 TSI melepasi kenderaan lain untuk mempertahankan kedudukan teratas dalam kategori menengah Saloon / Hatchback untuk tahun kedua berturut-turut manakala Golf R mengungguli carta dalam kategori Hot-hatch.

volkswagen_golf_1

Mr. Armin Keller, Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia berkata, ‘Generasi ketujuh Golf adalah benar-benar luar biasa, dan merupakan salah satu ciptaan Volkswagen yang terbaik! Ia cemerlang keseluruhannya dan  mempunyai anugerah dari seluruh dunia, yang membuktikan kecekapan yang tiada tandingannya.

Kemenangan Golf R berterusan apabila menang dalam kategori Kereta Paling Berprestasi Tahunan.  Kereta 280PS hot-hatch mengungguli dari kenderaan lain untuk mencapai kedudukan teratas di podium.

volkswagen_golf_2

Sejak dilancarkan di Malaysia pada Mac 2013, Golf 1.4 TSI telah dianugerahkan sebagai Kereta Eropah Tahunan 2013 dan Kereta Dunia Tahunan 2013.  Ia memancarkan tork maksimum 250Nm manakala secara resmi menggunakan bahan api pada kadar hanya 5.01/100km – menawarkan pengguna kuasa dan kecekapan penggunaan bahan api.

Bagi generasi keempat, Golf R adalah kuasa kompak dengan rekaan terbaru enjin turbocharge petrol direct-injection (TSI) 2.0 liter yang memberikan tork 380Nm dan 280 PS dengan pecutan 0-100 dalam 5.0 saat.  Golf R menghasilkan elemen sporty pada laluan laju dengan kombinasi teknologi lumba canggih, kuasa sejati dan pemanduan harian yang menggerunkan.

volkswagen_golf_r_2

Dengan harga antara RM159,888 dan RM245,888, Golf 1.4 TSI dan Golf R boleh didapati untuk sesi uji pandu di bilik pameran Volkswagen seluruh dunia.  Untuk maklumat lanjut tentang kenderaan Volkswagen ini, sila lawati www.volkswagen.com.my

 

Previous post

Mazda Zoom Zoom Pada CX-5 Diperkenalkan

Next post

Kenapa Saya Suka Ferrari

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *