Berita Auto

Takata Hadapai Siasatan Global

Takata hadapi siasatan global  berkenaan keselamatan beg udara.  Syarikat itu telah serahkan maklumbalas kepada 36 soalan yang diarahkan khas oleh Pengurusan Keselamatan Trafik Lebuhraya Negara, jurucakap Toyohiro Hishikawa memberitahu di talian.

NHTSA berkata pembekal perlu memberi maklumbalas pada 1 Dec atau hadapi saman USD35 juta. Perintah yang diminta adalah maklumat mengenai kawalan kualiti kilang, penggunaan bahan dorong yang tercemar atau tidak wajar dihasilkan dan perakaunan lengkap mengenai kematian dan kecederaan, antara soalan-soalannya.  Takata juga hadapi bicara oleh Jawatankuasa Tenaga dan Perdagangan U.S. pada hari Rabu dan perlu memberi maklum balaspada 2 Disember kepada arahan NHTSA memanggil pemulangan semula beg udaradi bahagian pemandu diperluaskan di seluruh negara.

Dual-airbags

Sebagai sebahagian daripada undang-undang kitarsemula aumotif Jepun yang dilaksanakan pada tahun 2005, perombak dimestikan mengeluarkan beg udara sebelum pelupusan kenderaan.  Mereka diarahkan untuk membuat laporan ke atas apa juga kerosakan semasa proses berjalan untuk pembuat auto menyiasat samada perlu panggilan semula.

Kementerian pengangkutan mahu pembuat kereta supaya melaporkan sebarang pecahan dengan segera dan dan telah menubuhkan kumpulan yang berjumpa setiap hari dengan Takata untuk monitor progres panggilan semula itu.  Kementeriann tidak mempunyai statistik peratusan panggilann semula yang berdasarkan dari laporan kerosakan dari scrapyard.

Beg udara Takata dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 4 kematian dalam kenderaan Honda Motor Co. di U.S, di mana pengurusan Keselamatan Trafik Lebuhraya Negara sedang cuba untuk menentukan mengapa peranti menggerakkan dengan terlalu banyak tenaga dan menembak logam serpihan pada penghuni kenderaan.

airbag1

Previous post

Apa Itu Sempurna

Next post

Honda Jazz menang ‘Women’s World Car of The Year’ 

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *