Cerita Auto

Audi perkenalkan model RS5 Coupe ‘Edisi Sport’

Edisi RS5 Coupe Sport 2015 menampilkan elemen rekaan yang tersendiri dan sporti pada luaran dan dalaman.  Tarikan rekaannya yang tersendiri ini diserlahkan lagi dengan rekaan roda 20” 5-V spoke dan brek merah calipers, dan ianya boleh didapati dalam Daytona Gray Pearl, Nardo Gray dan pebagai warna cat Audi yang eksklusif (pilihan) yang dikomplemen oleh citarasa kulit Crimson Red Fine Nappa

Audi-RS5_Coupe_Sport_Edition_03

Ciri-ciri lain termasuk:

  • Kerusi sport dengan cetakan RS, dengan pilihan warna hitam dan red Crimson dikontras dengan jahitan warna merah Crimson pada tempat letak tangan.
  • Stereng yang diselaputi kulit dan shifter boot hitam dengan jahitan warna merah Crimson.
  • Kulit berwarna merah Crimson Nappa pada celah pintu dan inlai warna badan

Audi-RS5_Coupe_Sport_Edition_05

Audi RS5 menampilkan revving tinggi 4.2 liter V8 dan tujuh-kelajuan transmisi S tronic dengan program kawalan pelancaran.  Enjin FSI 4.2 liter yang beraspirasi semulajadi memberikan 450 kuasa kuda dan tork 317 Ib-ft untuk melonjakkan RS5 dari 0 kepada 60 dalam masa 4.5 saat dan pemanduan secara elektronik yang mencapai kelajuan tertinggi iaitu 174 mph.

Audi-RS5_Coupe_Sport_Edition_04

Transmisi 7-kelajuan S tronic membantu memastikan kepesatan dan anjakan yang pasti, manakala sistem pemanduan semua roda kekal Quattro memberikan cengkaman hebat dan menampilkan gear kebezaan pusat untuk menghantar tenaga ke gandar depan dan belakang.  Gear kebezaan ini beroperasi bersama pemvektoran tork elektronik sebagai komplemen yang sempurna kepada rangkaian pemanduan Quattro.  Suspensi sport-tuned merendahkan badan kereta kepada 0.8 inci berbanding model Audi A5.

Audi-RS5_Coupe_Sport_Edition_06

Edisi RS5 Coupe Sport dibangunkan oleh Bahagian prestasi Audi, Quattro GmbH.

Audi-RS5_Coupe_Sport_Edition_07

Audi-RS5_Coupe_Sport_Edition_02

Previous post

Kereta Diesel, Mengapa Ianya Semakin Popular

Next post

Untuk Peminat 911. Laura Pun Pandu 911 Sekarang.

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *