Cerita Auto

Siri Mazda MX-5 Global Racing Diumumkan

Mazdaspeed (syarikat tuning yang bekerja untuk Mazda) telah mengumumkan model terbaru 2016 MX-5 akan menyertai perlumbaan dalam Global One make cup baru.  Bermula dari tahun 2016, akan diadakan beberap siri Mazda Global MX-5 Cup di seluruh dunia, semuanya menggunakan kereta sama yang disediakan.  Tiada sebarang maklumat tepat termasuk spec kereta diumumkan, mungkin kerana peraturan berbeza yang digunakan di setiap Negara. Kemuncak perlumbaan Global MX-5 Cup akan diadakan pada akhir 2016 dengan Global Shootout di Laguna Seca, Monterey, California untuk menobatkan juara siri.

Mazda-MX-5-Global-Racing-1

Antara hadiah yang ditawarkan kepada juara siri adalah 1 hari uji pandu model Mazda bertahap tinggi TUDOR United States sportsCar Championship SKYACTIV, kereta lumba prototaip.

“Sejak pertama kali Mazda MX-5 Miata memegang bendera hijau pad atahun 1999, kereta itu telah menjadi platform yang ideal untuk veteran dan juga pelumba baru,” menurut John Doonan, Pengarah motorsports bagi Pengurusan Mazda North American. “Oleh kerana model MX-5 memang sebuah kereta yang baik, ia menjadi platform yang ideal untuk belajar asas dan kraf perlumbaan yang maju, dan ini telah menjayakan siri professional MX-5 hingga kini.

Mazda masih belum mengeluarkan spesifikasi teknikal kereta tersebut, tetapi mengakui bahawa enjin empat silinder SKYACTIV-G 2.0 liter akan digunakan.

Mazda-MX-5-Global-Racing-3

Previous post

Model Honda Jazz 2014 Dinamakan Sebagai Finalis Green Car Tahun 2015

Next post

Jualan Brembo Naik 51%

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *