Cerita Auto

Formula E Putrajaya ePrix dimenangi oleh Virgin Racing

Pelumba Virgin Racing, Sam Bird mendominasi perlumbaan Putrajaya ePrix dalam kepanasan dan kelembapan hari Ahad lalu dengan kemenangan hebat dengan beberapa pelanggaran yang berlaku antara barisan pelumba.  Sam Bird berjaya mengambil kesempatan di atas permulaan yang teruk oleh barisan permulaan, pelumba Dragon Racing, Orio Servia. Ia membuka peluang kepada Bird, yang telah berjaya mendahului pelumba lain pada pusingan ke-lima dan terus kukuh berada di hadapan sebelum kereta keselaatan pertama dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk pelumba Trulli GP, Jarno Trulli untuk memotong Servia dan menjadi saingan sengit kepada Bird.

formulae1

Pelumba Mahindra, Bruno Senna yang hanya tinggal beberapa selekoh, hilang kawalan lalu melanggar dinding dan memaksanya menghentikan perlumbaan.  Bird memacu hingga ke garisan penamat sebagai juara, namun saingannya juga tidak kurang hebatnya di mana Grassi berjaya mengatasi masanya di pusingan kelayakan untuk menduduki tempat kedua. Begitu juga dengan pelumba e.dam Renault, Sebastian Buemi, dengan permulaan yang sama akhirnya berjaya menduduki tempat ke tiga. Pemenang tempat ke empat menyaksikan pelumba kumpulan Buemi iaitu Nico Prost dan tempat kelima dimenangi oleh Jerome D’Ambrosio dari Dragon Racing.

formulae2

Keputusan tidak resmi:

  1. Sam Bird – Virgin Racing
  2. Lucas di Grassi – Audi Sport ABT
  3. Sebastien Buemi – e.dams-Renault
  4. Nico Prost – e.dams-Renault
  5. Jerome D’Ambrosio – Dragon Racing
  6. Karun Chandhok – Mahindra Racing
  7. Oriol Servia – Dragon Racing
  8. Antonio Felix da Costa – Amlin Aguri
  9. Jaime Alguersuari – Virgin Racing
  10. Daniel Abt – Audi Sport ABT
  11. Ho Pin Tung – China Racing
  12. Stephane Sarrazin – Venturi GP
  13. Matthew Brabham – Andretti Autosport
  14. Bruno Senna – Mahindra Racing
  15. Franck Montagny – Andretti Autosport
  16. Katherine Legge – Amlin Aguri
  17. Jarno Trulli – Trulli GP
  18. Nelson Piquet Jr – China Racing
  19. Nick Heidfeld – Venturi GP
  20. Michela Cerruti – Trulli GP

formulae3

Previous post

Mazda2 SKYATIC Sedan Akan Tiba

Next post

Ulasan Pemanduan Volkswagen Beetle 1.2 TSI

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *