Cerita Auto

F1 Austin, USA 2014. Lewis Hamilton Menang Lagi.

Lewis Hamilton menambah mata kejuaraan dunianya dengan memastikan kemenangan kelimanya berturut-turut musim ini di F1 di Austin, Amerika Syarikat 2014. Hamilton mengekori rakan sepasukannya, Nico Rosberg di permulaan perlumbaan dan kekal di belakang selepas pit stop pertama, tetapi di tengah-tengah perlumbaan dia jelas membuat usaha yang baik dengan tayar dan memutuskan masa sudah tiba untuk mengejar rakan sepasukan dan memotongnya dengan langkah yang berkesan pada pusingan 24. Rosberg bermula di petak pertama tetapi Hamilton mengambil kesempatan ketika Jerman itu lebar diselekoh 12 pada pusingan 24 dari 56. Hamilton menyiluk di bahagian dalam, memaksa rakan setimnya terbabas dari trek.

Rosberg kemudian melekat dibelakang untuk perlumbaan seterusnya. Rosberg di tempat kedua, dan Daniel Ricciardo dari Red Bull di tempat ketiga. Ini adalah kemenangan ke-32 dalam kerjayanya Hamilton, lebih satu dari legenda Nigel Mansell sebagai pemacu British yang berkemenangan paling banyak dalam F1. Hamilton kini mempunyai 316 mata kepada Rosberg 292. Yang lain lain tu jauh dibelakang. Tunggu musim tahun depan jer la.

F1_petronas

Previous post

Keputusan Kelayakan Grand Prix Formula 1 United States 2014

Next post

Suzuki Rock The Road 2, Escape Penang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *