Cerita Auto

Datsun Go Gagal Ujian Pelanggaran.  Adakah Penjualannya Akan Diteruskan?

Kereta Datsun Go hatchback yang berbajet rendah mengalami penjualan yang merosot sejak ianya dilancarkan dengan meriah sekali pada bula Mac lalu.  Kini kegagalan ujian baru bagi keselamatan pelanggaran kereta mungkin akan menamatkan penjualannya di India dan mungkin juga di rantau Asia yang melancarkan model ini.  Malah, model Datsun yang pertama sejak jenama ini menghentikan pengeluarannya pada tahun 1998 gagal teruk dalam ujiannya hingga organisasi penguji telah meminta Nissan untuk menarik balik model Datsun Go dari India.

Datsun-Go-front-three-quarter

Kereta ini mendapat rating keselamatan kosong-bintang untuk pelindungan penumpang dewasa dalam ujian yang dijalankan oleh Program Penafsiran Kereta Baru Global.  Menurut NCAP, struktur kenderaan runtuh bila berlaku pelanggaran dan ternyata ia tidak kukuh dan sia sia untuk masukkan bag udara.

datsun-go-11

“Ianya sangat mengecewakan bila Nissan telah meluluskan pelancaran model jenama baru ini yang jelas menunjukkan tidak menepati piawaian,” kata Pengerusi Global NCAP Max Mosley, yang telah meminta “mereka semula rangka badan kereta dengan segera”.  Tambahnya lagi, CEO Nissan Carlos Ghosn sepatutnya “menujukkan sifat kepimpinan’ dengan menghentikan penjualan Datsun Go, yang harganya bermula dari USD5,100.

datsun_go_overseas_02-0715

Maruti-Suzuki Swift, salah satu model yang tertinggi penjualannya, juga mendapat kosong-bintang dalam ujian NCAP.  Ketua Persatuan Pengeluar Automobil India, Vishnu Mathur menuduh Global NCAP cuba menakut-nakutkan.  “Setiap Negara mempunyai spesifikasi keselamatan.” kata Mathur. “Kereta kami memenuhi keperluan keselamatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.”

 

Previous post

Konsep VW Golf R400 Disahkan Untuk Pengeluaran

Next post

Audi TFSI Supercharged V-6 Menerima Anugerah Enjin Terbaik Yang Ke-5

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *