Cerita Auto

Toyota Pamerkan Model Baru TRD 86 14R60

Edisi khas model terbaru TRD Toyota 86 14R60 telah dilancarkan untuk menembusi pasaran domestik Jepun (JDM).  14R60 ini dijual siap untuk masuk track. Model ini bercirikan pelbagai komponen yang ditingkatkan luaran dan dalaman termasuk penambahan aero yang besar seperti sayap karbon fiber pada bahagian depan dan belakang, suar lengkungan roda khas, skirt sisi dan difuser yang besar di bahagian belakang.

Toyota-GT-86-14R60g

Bahagian luaran juga dilengkapi dengan bumbung karbon fiber untuk membantu kurangkan berat dan graviti pusat, sistem ekzos centre-outlet, dan 18 inci lightweight forged wheel diperbuat dari magnesium untuk membantu kurangkan unsprung mass dan meningkatkan ketangkasan.

Toyota-GT-86-14R60f

Ada berberapa bahagian mekanikal yang telah dimodifikasikan. Ini termasuk sistem high-flow TRD air intake untuk enjin, penapis udara sepadan, juga penyejuk udara segar untuk mengoptimumkan prestasi.   Akan tetapi tiada perubahan dibuat pada keseluruhan output untuk 147kW dan 205Nm.

Toyota-GT-86-14R60e

Walaupun kurang peningkatan kuasa enjin, siri 14R60 mendapat roda tenaga ringan untuk meningkatkan tindak balas, klac triple-puck TRD dan gear tuil anjakan yang pendek. Ada juga mekanikal 1.5-way limited-slip differential  untuk cengkaman maksimum. Untuk meningkatkan pemanduan dan ketangkasan, Toyota telah memasang rear V-brace, suspensi monotub koil, pagar sisi dan lengan kawalan hadapan yang dinaiktaraf serta beefier bushes  untuk menambah ketegaran. Selain itu, dipasang pakej brek 4-piston depan dan 2-piston belakang dengan 2 keping rotor.

Toyota-GT-86-14R60d

Di dalam kabin, bangku belakang dikeluarkan terus untuk menjimatkan berat, manakala tempat duduk depan digantikan dengan kerusi lumba Bride dengan  tali harnes.  Sebahagian dari dashboard juga digantikan dengan panel karbon fiber, sistem radio serta beberapa barang lumba TRD dikeluarkan. Kami pasti mahu mencuba kereta ini… tapi adakah ia akan sampai ke sini? Rasanya tidak untuk sementara ini…. Kami menunggu pengimport yang dapat memenuhi keinginan kami….

Toyota-GT-86-14R60c

Previous post

Porsche 911 Carrera GTS. Ini Butirannya.

Next post

Ford Catit Jualan September dan Rekod Suku Tahunan Terbaik di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *