Berita Auto

Resepi unik AC Schnitzer untuk BMW 4 Series Gran Coupe

Pakar tuning di AC Schnitzer telah menghasilkan resepi unik mereka sendiri untuk edisi baru BMW 4 Series Gran Coupe yang menggabungkan kesempurnaan prestasi sporti model coupe dengan keselesaan saloon. Maka terhasil sebuah kenderaan simbiosis yang sempurna dalam kedua-dua gaya dan juga kejuruteraan.  Secara teknikal, model 4 Series Gran Coupe oleh AC Schnitzer datang dengan pelbagai peningkatan prestasi.  Versi AC Schnitzer: – BMW 428i menghasilkan kuasa 294 hp dan BMW 435i memancarkan kuasa 360 hp melalui roda kepada asfalt. Versi eksport bagi BMW 420i kini menawarkan 245hp manakala sebelum ini, hanya 184 hp.

Dalam format diesel, selepas pengoptimuman dalam bengkel Aachen, BMW 420d kini menghasilkan kuasa 218hp. Manakala model sebelum ini iaitu BMW 430d dan 435d menyumbangkan kuasa 309 dan 360hp melalui kejayaan gabungan oleh AC Schnitzer. Intercooler (untuk enjin petrol) dan enjin  oleh AC Schnitzer boleh didapati untuk semua versi. Seiring dengan prestasi yang dinaik taraf, AC Schnitzer menggunakan 2 perapi hujung paip krom yang senyap yang didatangkan dalam 3 gaya pilihan iaitu Racing Evo, Racing atau Sport untuk kombinasi kanan/kiri.  Kesemuanya boleh didapati secara individu dalam à la carte house menu dan boleh dipesan segera.

ac-schnitzer-bmw-4-3

Dengan penggunaan varian suspensi AC Schnitzer, model 4 Series Gran Coupe membawa kombinasi selesa dan prestasi sporti ke tahap baru keseronokan pemaduan. Pemasangan suspensi sporti-nya adalah bertaraf dunia dengan kerendahan 10-25mm bagi gandar depan dan belakang sebanyak 5-15mm.  Suspensi spring kit AC Schnitzer juga merendahkan model 4 Series ini sehingga 25mm untuk bahagian depan dan merendahkan bahagian belakang hingga ke jarak 10-25mm dari tanah. Pemaduan selekoh lebih cergas dengan adanya suspensi lumba AC Schnitzer (pelarasan bagi peringkat mampatan dan lantunan) dengan kerendahan 30-40mm untuk depan dan 25-40 untuk bahagian belakang.

Pakej tuning yang dihasilkan oleh pakar Aachen juga menunjukkan kecanggihan rekabentuk badannya yang sporti. Spoiler depan dan difuser belakang (bagi kereta yang ada dan tiada pek M-Technik) AC Schnitzer memberikan keteguhan pemanduan di jalanraya.  Penutup cermin karbon, gril depan krom (bagi kereta M-Technik) dan pelindung skirt belakang menunjukkan bahawa AC Schnitzer sekali lagi telah menemui resepi yang betul untuk model 4-series Gran Coupe dari segi prestasi sporti dan keselesaan.

Pakej trim dalaman memperlihatkan bahawa keselesaan juga telah diperbaharui.  Kombinasi pemegang handbrake aluminium AC Schnitzer dalam warna hitam, tombol gear bersama paparan digital gear, tombol kulit gear atau tombol gear aluminium hitam menjadikan rekaan dalaman lebih bergaya dan kontemporari.  Dan jika anda mahukan lebih kehalusan, terdapat juga set pedal aluminium dan tempat rehat kaki, pemegang kunci AC Schnitzer dan alas kaki velor.

Resepi AC Schnitzer bagi model BMW 4 Series Gran Coupe memberikan sentuhan terakhir dengan set roda yang eksklusif.  Di sini Aachen tuners menawarkan 4 pilihan ‘citarasa’ yang berbeza dengan tayar yang sepadan: Jenis VIII forged alloys dalam BiColor, jenis VIII rim dalam BiColor (hitam, perak atau anthracite), jenis roda IV dalam warna perak atau BiColor dan jenis IV rim dalam BiColor hitam.   Satu ‘campuran’ yang sempurna sebagai pilihan anda!

ac-schnitzer-bmw-4-2

Previous post

Shane Van Gisbergen Di Petak Pertama Perlumbaan V8 Supercar Mount Panorama

Next post

Jualan Chevy Spark Melepasi 1 Juta Unit

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *