Berita Auto

Program Pemanduan McLaren P1™ GTR Untuk Litar

[Video di bawah]

McLaren P1™ GTRakan menawarkan pengalaman memandu dalam dan luar trek yang tiada di tempat lain, dengan akses unik kepada teknologi dan kepakaran dalam Pusat Teknologi McLaren, dan model landasan yang paling berkuasa pernah dihasilkan oleh McLaren Automotive.  Ujian dinamik sedang dalam perancangan di pelbagai litar perlumbaan antarabangsa, dan imej uncamouflged pertama menunjukkan ujian aerodinamik dan penyejukan terbaru.  Sebagai tambahan, kokpit fokus-pemandu nampak lebih berguna dari model road-going, dan ia telah direka dengan penglibatan pemandu dan keutamaan pada berat badan, tetapi tiada kompromi dari segi keselesaan dan keselamatan

McLaren_P1_GTR_test_08

Melihat dalaman

Imej pertama yang nampak dari bahagian dalam menunjukkan suasana pemanduan McLaren P1 ™ GTR yang telah direka bagi memberi pemandu sepenuh tumpuan, dan hanya mengekalkan item yang penting saja bagi menjaga berat badan ke tahap yang minimum. Chassis Monocage karbon fiber yang ringan dengan berat 90kg termasuk struktur atas dan bawah (termasuk bumbung), roof snorkel, enjin air intake cavity, bateri dan housing kuasa elektronik digunakan. Ini biasa bagi kereta di jalan, menepati keperluan FIA untuk rollover dalam kategori lumba GT.   Sejak ‘rollcage’ dimasukkan ke dalam MonoCage, tidak ada pengurangan ketinggian untuk pemandu.

Item utama bagi suasana pemanduan adalah pemasangan stereng baru yang direka untuk memudahkan pengawalan dan mesra pengguna.   Sepertimana pelbagai elemen yang dipasang pada seluruh kereta, ada warisan ketara dikaitkan dengan stereng itu.  Walaupun unik pada McLaren P1 ™ GTR, reka bentuknya  adalah berdasarkan stereng 2008 Formula 1 ™ championship winning MP4-23.

McLaren_P1_GTR_test_01

Seperti pada kereta Formula 1 ™, kawalan utama termasuk suis mod yang terletak di tengah bespoke stereng. Ini membolehkan pemandu untuk melaraskan sepenuhnya setup dan karektoristik kereta tanpa perlu mengalihkan tangan mereka dari stereng. Butang DRS dan IPAS pada stereng dikekalkan.   Dalam reka bentuk dan pelaksanaan set baru ini, semua kawalan boleh beroperasi dengan selesa dan boleh diakses dengan mudah, apabila berada dalam full suit, topi keledar dan sarung tangan.

Kabinnya dilengkapi dengan kerusi DTM ringan dan harness motorsport full six point.  Ini dibuat khas untuk pemandu dan dipasang terus pada chassis seterusnya mengurangkan berat kerana tidak dipasang mounting brackets tambahan.  Rangka kerusi yang diperbuat dari karbon fiber HANS yang telah diluluskan akan menawarkan keselesaan dan sokongan. Kesemuanya termasuk kawalan dalam kabin direka demi mengikut keselesaan pemandu. Meskipun banyak barang yang telah dikurangkan, penghawa dingin masih dikekalkan untuk mengekalkan keselesaan semasa pemanduan yang lebih fizikal.

McLaren_P1_GTR_test_021

 Ujian berterusan

Dedikasi tim jurutera bagi uji pandu, tim teknikal dan pembinaan pemandu berterusan untuk menjayakan program ini dan baru baru ini berjaya menyudahkan satu ujian ekstrem kepanasan padang pasir di Bahrain International Circuit. Program ini direka untuk  melihat keupayaan powertrain IPAS yang dinaik taraf, memastikan keseimbangan optimum dan ciri-ciri pengendalian atas tayar licin Pirelli yang telah diluluskan untuk perlumbaan, dan menjalankan kerja terperinci ke atas pembinaan aerodinamik termasuk  sayap belakang dramatic fixed-height dan Formula 1™-style Drag Reduction System (DRS).

McLaren_P1_GTR_test_07

Jadual ujian yang ketat telah dijalankan dengan pembangunan prototaip terbaru, dan dilihat dinamik untuk kali pertama, disudahkan dengan kombinasi cat berwarna hitam dan Bodywork karbon fiber.

Semua ujian telah selesai dengan keputusan yang menepati sasaran tetapi dalam banyak kes melebihi sasaran ditetapkan. Pembangunan McLaren P1 ™ GTR meneruskan kemajuannya yang pesat, dengan jadual perjalanan yang dirancang sepanjang musim sejuk di seluruh Eropah.

Program Pemandu McLaren P1™ GTR

Dengan program pemandu McLaren P1™ GTR, kami mempunyai matlamat untuk buat sesuatu yang berbeza, sama seperti cara kami menguruskan bisnes kami.  Kami tidak ikut trend.  Kereta kami berbeza dari saingan kami, begitu juga dengan program pemanduan kami,’ Chris Goodwind, Chief Test Driver for McLaren Automotive.

McLaren P1™ GTR adalah model terbaik pernah dikeluarkan oleh McLaren Automotive.  Maka bertepatan jika dikatakan program pemandu McLaren P1™ GTR akan menawarkan sesuatu yang berlainan dari yang sebelumnya.  Pemandu akan menjadi ahli program pemilikan McLaren yang paling eksklusif di dunia, dan mendapat gambaran langkah yang diambil oleh pemandu McLaren selepas menandatangani untuk menyertai pasukan.  Dengan akses kepada dunia melalui Pusat Teknologi McLaren, setiap pemandu akan mempunyai perasaan yang sukar ditandingi dan pengalaman unik. Sebagai  pemenang dan juara dunia sebelum mereka, setiap pemandu akan memulakan program kesesuaian pemandu yang direka untuk memantapkan skil pemanduan dan belajar mencapai yang terbaik untuk mereka dan juga kereta.

McLaren_P1_GTR_test_051

Program persiapan di litar, dicipta mengikut kesesuaian setiap pemandu dan akan memulakannya di Pusat Teknologi McLaren dan pemandu akan diberi akses pergi ke kawasan off-limits.  Paul Mackenzie, Pengarah Program McLaren P1™ GTR menjelaskan: “Program ini adalah untuk membolehkan pemandu kami mendapatkan yang terbaik dari McLaren P1™ GTR.  Sebelum mereka masuk ke litar, setiap pemandu akan bersama kami di MTC dan diberi akses ke dalam fasiliti moden dan simulator lumba kami.  Ini membolehkan pemandu membina kefahaman yang mantap tentang keupayaan kereta dan prestasi unggul serta belajar braking dan turn-in points sebelum sampai ke litar.  Mereka juga akan dapat menganalisis dan berbincang tentang prestasi mereka sebelum mereka menguji dalam situasi dunia lumba sebenar supaya mereka bersedia bila di masuk masuk ke trek.

“Ia adalah program yang telah dibina selama beberapa tahun untuk pemandu Formula 1™ dan pemandu muda.  Ia bukan saja menguji tahap kecergasan tetapi juga persediaan mental pemandu dan menyediakan mereka secara mental dan fizikal bagi aktiviti yang mereka akan alami di trek.

Acara ini akan berlangsung di litar Formula 1™ seluruh dunia dan pemandu akan mengambil bahagian dalam 6 acara pada tahun pertama program. Pada setiap acara, pemandu akan diberi tim lumba yang berdedikasi untuk menjalankan kereta.  Ini termasuk jurulatih pemandu personal dan ketua jurutera yang akan membantu melalui telemetry dan analisis video untuk memantapkan skil dan mengoptimum kan masa pusingan.  Pengajaran secara individu mengikut kesesuaian skil dan keupayaan memandu bagi setiap pemandu/

McLaren_P1_GTR_test_041

 

 

Previous post

Nilai Jenama Hyundai Meningkat 2 Kali Ganda Mengikut Laporan Best Global Brand 2014

Next post

Shell Malaysia ADVANCE MotoGP. Kelayakan Klasifikasi Nr. 2

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *