Berita Auto

Audi Pamerkan R8 Competition

Audi umumkan model terbaru tahun 2015 iaitu R8 Competition yang bakal di adakan di Los Angeles Auto Show 2014.  Model terbaru ini mentakrifkan semula model ikonik R8 sebagai kemuncak prestasi Audi dengan 570hp dan inspirasi lumba yang mempunyai elemen matte carbon yang ringan.  Edisi terhad  Audi R8 Competition adalah yang paling dekat dengan kereta atas jalan kami iaitu R8 LMS kereta lumba ultra yang telah memenangi setiap perlumbaan sebenar di seluruh dunia.  Ia direka untuk penggemar kereta dan ianya terhad.

audi_r8_competition_1

R8 Competition yang berprestasi tinggi ini bercirikan 570hp 5.2L V10 mated khasnya untuk seven-speed S tronic dan sistem ekzos sporti berwarna hitam high-gloss tailpipes.  Kombinasi ini menghasilkan masa 0-60mph dari 3.2 saat dan kelajuan tertinggi 199mph, menjadikannya model R8 terpantas yang ditawarkan.  R8 competition dibina untuk mendorong batas, berkongsi aspirasi yang sama dengan enjin V10 FSI untuk kereta lumba Audi R8 LMS yang telah memenangi perlumbaan 24 jam, Daytona dan Nuerburgring, termasuk perlumbaan besar GT seluruh dunia.  Enjin GT yang telah memenangi banyak anugerah ini mewakili kemuncak daya tahan, yang memerlukan servis utama hanya selepas 13,000 batu alam kondisi perlumbaan atau lebih kurang satu musim perlumbaan penuh.  Enjin kereta pesaing perlukan servis utama selepas satu perlumbaan 24 jam.

audi_r8_competition_4

Yang menyerlahkan lagi rekabentuk Audi R8  adalah tarikanelemen dalaman kereta matte carbon yang terdiri daripada spoiler belakang, teluk enjin, cermin, flics, pisau sisi, spoiler depan dan difuser belakang.  Kombinasi elemen karbon ini meringankan RB Competition dan juga memberikan tekanan rendah yang hebat.  Roda hitam glos dengan tayar belakang 305 cross-section dan brek ceramik dengan angkup brek merah memberikan satu kontras yang elegan dari elemen matte karbon fiber.  Dalamannya menggunakan matte karbon fiber termasuk konsol tengah dan tatahan ambang pintu yang cerah.  Edisi R8 Competition adalah rangkaian kereta eksklusif Audi yang membolehkan pemandu memilih kombinasi warna dalaman dan luaran mengikut permintaan dan citarasa mereka. Sejumlah 60 unit akan dikeluarkan dari fasiliti produksi R8 di Neckarsulm, Germany.  Pelanggan boleh mula menempah Audi R8 Competition seawal bulan November yang dijangka akan dihantar pada awal 2015.

audi_r8_competition_2

Previous post

Mazda6 2.2 SkyActiv-D Dapat Penjimatan Bahan Api Sebanyak 4.2 liter bagi setiap 100 km

Next post

BMW M5 F10 Lawan Ferrari FF

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *