Cerita Auto

Mazda2 Terbaru – Mazda2 Demio SKYACTIV

Mazda2 (di kenali sebagai Demio di Jepun) adalah model Mazda yang ke empat yang akan bertukar ke engine SKYACTIV TECHNOLOGY dan reka bentuk KODO-Soul of Motion terbaru mereka menyusuli Mazda CX-5, Mazda6 (di kenali sebagai Atenza di Jepun) dan Mazda3 (di kenali sebagai Axela di Jepun).  Ini adalah rekaan semula sepenuhnya untuk kali pertama dalam masa 7 tahun. Pengeluaranya sudah pun bermula di kilang Mazda Hofu No1 di Yamaguchi, Jepun. Ianya akan dilancarkan di Malaysia dalam beberapa bulan saja lagi.

dsfP18000091-600x450

Reka bentuk KODO-Soul of Motion memberikan kereta ini rupa paras seperti sesuatu yang bernyawa dan memberi kesan kehadiran yang tiada tandingan sekelasnya. Dibangunkan berdasarkan konsep-konsep kejuruteraan yang sama dengan model generasi akan datang yang lebih besar, enjin SKYACTIV baru, transmisi, badan dan casis, membolehkan Mazda2 semua-baru ini menawarkan keselamatan yang cemerlang dan eko-prestasi, dan trademark jenama kepuasan memandu.

dsfP1800017-600x450

Model ini juga mempunyai pelbagai teknologi canggih seperti Mazda Connect, sistem penyambungan kereta generasi akan datang, dan pelbagai i-ACTIVSENSE, ciri-ciri keselamatan terbaru seperti membantu pemandu dalam mengenal dan bertindak menghadapi bahaya.

dsfP1800006-600x450

Mazda2 semua-baru ini boleh didapati dengan enjin diesel bersih, kecil-anjakan baru SKYACTIV-D 1.5, yang menawarkan penjimatan bahan api yang cemerlang dan prestasi eko sambil menyampaikan tork setanding dengan enjin petrol 2.5 liter tetapi sayang, ianya tidak akan dijual di Malaysia kerana kualiti rendah Euro 2M diesel yang dijual di semua stesen minyak di Malaysia.

dsfP1800035-600x450

Malaysia walau bagaimana pun akan mendapat enjin petrol suntikan langsung, kecekapan tinggi generasi akan dating SKYACTIV-G 1.5 yang menawarkan prestasi bersemangat dengan ciri ciri bahan api menghirup.

dsfDSC_0554-600x431

Stereng berkuasa SKYACTIV memenuhi segala permintaan anda dengan serta-merta dan ianya paling berkesan, menuju dengan tepat di mana saja anda tujuinya.

dsfDSC_0550-600x404

Adalah jelas bahawa jurutera drivetrain telah melakukan beberapa penalaan halus kepada casis dan suspensi untuk meningkatkan pengendalian model terbaru ini berbanding dengan model Mazda2 sekarang. Mazda2 terbaru ini menunjukkan kestabilan yang telah dipertingkatkan di kedua-dua pemanduan lurus dan pemanduan berselekoh.

dsfP180004953f85881a59bb-600x450

Sudah tentu casis baru ini boleh mengendali lebih kuasa tetapi dalam segmen ini, Mazda2 ini tidak memerlukannya kerana pelanggannya mencari yang sebaliknya, pemanduan yang berkualiti. Di mana sahaja anda berada dalam rev-range, maklum balas throttle sentiasa bersedia. Lenjan dan ia hanya akan kembali dan hendak lagi; walaupun menghampiri had revolusi enjin, Mazda2 masih bersedia.

dsfP180003053f85880b4368-600x450

Mazda2 baru ini berwibawa teguh, kereta kecil yang menarik yang pasti menjadi hit. Tunggu ketibaan di Malaysia pada awal 2015.

dsfDSC_0536-600x373

Dengan jumlah jualan sedunia melebihi 2.4 juta unit, Mazda2 adalah salah satu produk utama Mazda. Dari pelancaran asalnya pada tahun 1996, Mazda2 sentiasa memberikan nilai terbaru kepada segmen subcompact setiap kali ianya direka semula sepenuhnya. Dengan generasi keempat Mazda2 ini, Mazda sekali lagi menawarkan pelanggan di seluruh dunia tafsiran baru kereta kompak yang berkualiti tinggi.

Previous post

Lontong Klang #JejakMakanRoss 002

Next post

BukuBuku

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *