Cerita Auto

Jualan Suzuki Swift Mencecah 4 Juta Unit

Di peringkat global Swift adalah tawaran yang paling popular dari Suzuki. Suzuki telah kian lama mencapai kejayaan yang besar dalam segmen kereta kompak dan kompak SUV dan Swift ini telah menjadi peneraju di kebanyakan negara. Dan kini, Suzuki telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah secara rasmi menjual 4 juta Swifts. Apa yang lebih menarik adalah jumlah jualan dari 3 juta kepada 4 juta berjaya di capai hanya dalam masa 8 bulan.

Suzuki-Swift-Sport-3--600x392

Berita ini mengesahkan bahawa Swift adalah lebih popular daripada Ford Fiesta dan Volkswagen Polo. Setakat ini lebih kurang 90,000 unit Suzuki telah dijual di Britain sejak 2005. Walau bagaimana pun, untuk menjual sejuta kereta dalam masa yang singkat anda memerlukan global audience dan Suzuki seolah-olah mensasarkan pasaran baru.

Suzuki-Swift-Sport-5-1-600x423

Pertama dibina di Jepun pada tahun 2004, pengeluaran Swift berkembang ke Hungary, India dan China pada 2005, Malaysia (2007), Pakistan (2009), Thailand (2012) dan yang terbaru, Vietnam pada awal tahun ini. Kira-kira separuh daripada jualan datang dari India, di mana kemampuan dan enjin kecil adalah tarikan untuk pembeli muda. Pasaran domestik Jepun juga sangat penting, dengan 11% daripada jualan Swifts adalah di sana.

Suzuki-Swift-Sport-4--600x433

Previous post

Nissan Pulsar Model 2015 - Cabaran Terbaru Segmen Hot Hatch

Next post

Mazda MX-5 Model 2015 Diumumkan Di Peringkat Global

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *