Cerita Auto

Alfa Romeo Mempunyai Perancangan Besar untuk 2016

Alfa Romeo telah memulakan pembangunan dengan tiga model barunya yang akan menjadi kunci kepada pemulihan jenama yang dalam kesusahan ini. Kereta-kereta ini adalah  sedan saiz sederhana untuk menyaingi BMW 5 siri, SUV sederhana menyaingi Audi Q5 dan sedan besar perdana mereka. Kereta-kereta ini adalah gelombang pertama lapan Alfas baru yang diumumkan 6 Mei lalu yang sebahagian daripada perancangan strategik 5 bilion euro (USD7 bilion) untuk meningkatkan jualan global jenama ini kepada 400,000 kenderaan pada tahun 2018 nanti daripada 74,000 tahun lepas.

Alfa dan induknya, Fiat Chrysler Automobiles, enggan memberi matlumat lanjut mengenai model model jenamanya yang akan datang sejak pengumuman Mei lalu apabila CEO Alfa Harald Wester menggumumkan yang jenama ini akan beralih kepada konfigurasi pemacuan roda belakang- dan pemacuan 4 roda dari pemacuan roda depan.

alfa_romeo_4c_8

Berikut adalah perancangan masa depan produk terkini Alfa:

Sedan Midsize: Nama kod Project 952, kereta sedan saiz pertengahan ini akan menjadi produk-produk  Alfa Romeo yang pertama yang akan menyasarkan model seperti Audi A6. Sedan ini dijadualkan untuk di Eropah pada pertengahan 2016 dan di Amerika Syarikat pada akhir tahun itu. Pelan permulaannya adalah untuk tahun 2014 dan di namakan Giulia, sedan ini kemungkinan besar akan mendapatkan nama yang berbeza. Ia adalah pengganti 159 Eropah sahaja yang telah dimansuhkan pada tahun 2011. Untuk sedan pula, Alfa Romeo akan memperkenalkan pelbagai enjin langsung-suntikan petrol baru dengan turbochargers tunggal atau kembar. Dalam perancangan adalah enjin 2.2 liter inline-four  berkuasa-kuda 180-330 hp dan 3.3-liter V-6 dengan kuasa-kuda dari 400 kepada lebih 500. Sementara itu, dua diesel dirancang: yang berkuasa-kuda 120- kepada 210-hp dan  inline-four V-6. berkuasa-kuda 250 kepada 330.

SUV Midsize: Ini saingan Audi Q5 dan telah ditetapkan untuk di keluarkan pada separuh kedua 2016, berkongsi barangan asas enjin dengan sedan midsize.

Sedan Besar: Model flagship baru Alfa Romeo, untuk menyaingi Audi A8 dan BMW 7 siri ini, akan menjadi versi besar sedan midsize yang baru. Ia akan mempunyai versi kuat pelbagai enjin baru, tetapi tidak ada V-8 dirancang.

Masa dan penerangan lengkap seluruh rangkaian baru Alfa masih terbuka.

Alfa-166-2015

Previous post

Renault Megane R.S. 265 Sport Pavilion Kuala Lumpur Hujung Minggu Ini

Next post

WRC Australia 1,2,3. Volkswagen Juara Dunia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *