Benelli TNT 25 Black Edition Dilancarkan – Harga dari RM12,990
Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd telah memperkenalkan model TNT 25 Black Edition baharu. Dari sudut spesifikasi, jentera ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan TNT 25 yang dilancarkan sebelum ini, cuma ia didatangkan dalam warna hitam matte yang dipadankan dengan beberapa kompenen merah. Warna baru ini juga menggantikan warna hijau yang …
Kasma Teruja Sertai Latihan Yamaha VR46 Master Camp
Pelumba muda berbakat, Kasma Daniel Kasmayudin begitu teruja setelah berjaya menamatkan sesi latihan intensif Yamaha-VR46 Master Camp bersama empat lagi pelumba berbakat dari Asia di akademi milik juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi, Akademi VR46 di Tavullia, Itali pada 4 hingga 11 Julai lepas. Pelumba berusia 16 tahun itu terpilih …
Hong Leong Yamaha Umum Panggilan Semula Untuk R25
Dalam satu kenyataan, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) mengesahkan yang ia akan menjalankan program penggantian yang melibatkan unit plat tekanan (pressure plate assembly) dan unit pengepam minyak (oil pump assembly) untuk siri Yamaha YZF-R25. Ia akan Unit yang terlibat adalah model dengan nombor kerangka yang bermula dengan PMYRG1510E-000xxxx dan PMYRG1510F-000xxxx. Selain itu, …
BMW F 700 GS dan F 800 GS Dikemaskini Untuk 2017
BMW Motorrad telah mengumumkan beberapa penambahbaikan untuk barisan model F 700 GS, F 800 GS dan F 800 GS Adventure untuk tahun 2017. Buat pertama kalinya, ketiga-tiga model yang direka untuk mereka yang inginkan tunggangan ‘enduro’ kini mematuhi standard pelepasan Euro 4 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017. …
Ducati Rai Harijadi Ke-90 Dengan 1299 Panigale S Anniversario
Ducati menyambut ulangtahun ke-90 tahun ini, dan bagi meraikannya, sebuah model edisi terhad telah dilancarkan di World Ducati Week baru-baru ini. Edisi ‘Anniversario’ ini dibina berasaskan model 1299 Panigale S yang kita tahu memang menjadi idaman setiap peminat motosikal di serata dunia. Ia memakai ‘baju’ dalam warna tradisi Ducati iaitu …
Yamaha MT-09 Tracer Dilancarkan – RM59,900 (CBU)
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan pelancaran rasmi model terbarunya iaitu Yamaha MT-09 Tracer ke pasaran negara ini. Kemasukan MT-09 Tracer menandakan model kelima yang menyertai barisan ‘big bike’ HLYM. Ia akan menerajui barisan model sedia ada yang terdiri dari XJ6, MT-07, MT-09 dan juga XV950R. Dengan berat kering …
Dua Motosikal Baharu Akan Dilancarkan Di World Ducati Week
World Ducati Week (WDW) yang kesembilan akan berlangsung dari 1 hingga 3 Julai 2016 di litar Misano, Itali, dan seperti sebelum ini, acara yang akan menjadi tumpuan Ducatisti dari seluruh dunia ini menjadi platform terbaik untuk syarikat itu memperkenalkan produk terbarunya. Acara tahun ini akan menyaksikan pelancaran dua motosikal baharu; yang pertama …
Topi Keledar Bell Dengan Teknologi MIPS
Setelah terbukti berkesan pada topi keledar basikal, Bell kini memperkenalkan teknologi Multi-Directional Impact Protection System (MIPS) ke barisan produk motosikalnya. Ia merupakan ciri yang penting kerana menawarkan perlindungan tambahan. Dalam situasi kemalangan, apabila kepala yang berputar laju berhenti secara mengejut, tisu di bahagian otak akan meregang dan ini boleh menyebabkan pelbagai jenis …
Tunggang Uji – Yamaha NMAX Baharu
Walaupun jumlahnya masih kurang berbanding kapcai, skuter semakin mendapat tempat di kalangan penunggang motosikal di negara ini kerana sifatnya yang mudah dikendali, selesa serta praktikal. Dengan permintaan yang semakin meningkat, persaingan antara pengeluar juga menjadi semakin sengit apabila masing-masing mahu mengenengahkan produk tersendiri yang sarat dengan teknologi terkini. Yamaha yang …
Yamaha SCR950 Untuk Peminat Scrambler Di US
Yamaha telah memperkenalkan model SCR950 baharu yang merupakan sebahagian dari barisan Sport Heritage-nya. Sayang sekali, motosikal ini hanya ditawarkan di Amerika Syarikat buat masa ini. SCR950 dibangunkan berasaskan model XV950 Bolt dan ditambah dengan profil yang lebih rendah, komponen-komponen ‘scrambler’ serta subframe baru. Ia menggunakan kerangka buaian berkembar yang direka …