Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Tayar Trak Michelin X Multi T2 Dilancarkan Di Malaysia

Michelin Malaysia hari ini melancarkan Michelin X Multi T2, tayar trak terbaharu yang disasarkan kepada syarikat yang membekalkan perkhidmatan pengangkutan barangan untuk menaik taraf keselamatan serta mengoptimumkan kos dan produktiviti.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-79

Tayar lasak ini dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang dan lebih ringan kerana pengurangan dalam jumlah bahan yang digunakan. Ini secara tidak langsung juga menjadikannya lebih mesra alam.

Untuk memenuhi kriteria ini, Michelin X Multi T2 mempunyai lapisan ‘crown plies’ yang diperkukuhkan yang dapat meningkatkan daya tahan tayar tersebut sebanyak 26% terhadap pelbagai jenis bahaya di atas jalan raya.

Teknologi Michelin Regenion pula memberikan kos perbatuan yang lebih rendah jangka hayat yang lebih panjang sebanyak 15 peratus, serta cengkaman yang lebih baik dalam apa jua cuaca.

Sementara itu, ketegaran yang lebih tinggi ketika membelok serta penambahbaikan sebanyak 10 peratus dari segi stabiliti pula dicapai menerusi reka bentuk bunga tayar yang baharu.

MICHELIN X Multi T2

Akhir sekali, formulasi campuran getah baharu yang digunakan dalam tayar ini menawarkan perlindungan 10 peratus lebih tinggi terhadap penggunaan yang agresif.

Material baharu ini dikatakan mampu mengurangkan kerosakan, membolehkan tayar tersebut untuk dicelup (retreading) dengan lebih baik, dan meningkatkan jumlah perbatuan dengan meminumkan kesan kehausan yang tidak sekata pada bunga tayar.

Bukan itu sahaja, Michelin X Multi T2 juga menggunakan jumlah material yang lebih rendah. Justeru, beratnya dapat dikurangkan sebanyak 1.7 kg berbanding produk terdahulu. Ini juga memberikan kecekapan tenaga yang lebih tinggi serta mengurangkan pelepasan CO2.

Tayar ini ditawarkan dalam dimensi 11R22.5 dan boleh didapati di semua pusat pengedaran tayar trak dan treler Michelin yang bertauliah di seluruh negara.

Previous post

Lotus Bakal Lancar 4 Model EV Baharu Menjelang 2026

Next post

DS Automobil Memutuskan Untuk Jadi Syarikat Kenderaan Elektrik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *