Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Isuzu Malaysia Serah Lapan Unit Trak Baharu Kepada MR D.I.Y.

Isuzu Malaysia Sdn Bhd baru-baru ini telah menyerahkan lapan unit trak tugas sederhana daripada rangkaian model Forward Series (F-Series) kepada syarikat peruncitan terkenal, MR D.I.Y. Group (M) Berhad.

Trak baharu itu terdiri daripada enam unit Isuzu FSR90 dan dua unit Isuzu FVR300 yang dibeli daripada pengedar sah Isuzu, Ultra Gallant Sdn. Bhd. Jentera berkenaan akan digunakan untuk menyokong pengembangan operasi MR D.I.Y. di seluruh negara dan memenuhi keperluan logistiknya yang kian meningkat.

MR D.I.Y. membeli trak Isuzu pertama pada tahun 2017 dan terus menambah lebih banyak unit ke dalam rangkaian pengangkutannya sejak itu. Dengan penambahan lapan unit trak baharu ini, MR D.I.Y. kini memiliki 100 unit trak Isuzu.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn. Bhd., Koji Nakamura berkata, “Sebagai sebuah pengeluar trak terbesar di peringkat global dari Jepun, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menawarkan kenderaan komersial yang boleh memacu perniagaan pelanggan dengan mencapai kecekapan serta produktiviti yang maksimum.”

Kata Nakamura lagi, “Dengan berat kasar 11,900kg untuk FSR90 dan 19,000kg untuk FVR300, kami yakin trak-trak ini akan mampu menawarkan tahap penggunaan yang tinggi dengan produktiviti, ketahanan dan keselamatan terbaik demi menyokong pengembangan perniagaan MR D.I.Y. yang mapan.”

Mengulas mengenai penyerahan trak-trak itu, jurucakap MR D.I.Y. berkata, “Kami kini dalam sasaran pertumbuhan yang kukuh dengan 700 kedai sekarang dan merancang untuk membuka 175 kedai baharu melibatkan tiga jenama kami pada tahun 2021.

Asas kepada pertumbuhan kami adalah pengagihan barang yang cekap menerusi sistem pengedaran yang diuruskan secara berpusat. Isuzu merupakan rakan niaga yang benar-benar memahami keperluan kami dan sentiasa komited untuk memenuhinya.”

Previous post

Renault Koleos Facelift Baharu Dilancarkan Di Malaysia

Next post

Hyundai Lancar Program Kesetiaan Selepas Jualan Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *