Motosikal / Lain Lain Roda

Suzuki Katana Kini Di Malaysia – Harga Dari RM77,989

Nampaknya, Suzuki Malaysia secara senyap-senyap telah melancarkan Suzuki Katana baharu, hampir setahun selepas syarikat itu mengumumkan kepulangannya ke pasaran tempatan. Menurut Bikes Republic, harga yang disebut oleh wakil pengedar Suzuki adalah RM77,989.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-64

Diperkenalkan semula pada 2018, Katana dibangunkan berasaskan model GSX-S1000 namun ia meminjam beberapa elemen penggayaan retro dari model asal yang menjadi kegilaan ramai pada era 80an. Antara elemen yang dimaksudkan adalah lampu LED bertindih dan rekaan fairing yang besar dengan paruh pada bahagian hadapan. Malah, ia juga didatangkan dalam warna perak dengan tulisan berwarna merah pada bahagian sisi.

Suzuki Katana
Suzuki Katana

Katana dikuasakan oleh enjin GSX-R1000 keluaran 2005-2008 yang ditala semula. Dengan sesaran 999 cc, enjin empat silinder sebaris itu menghasilkan 147 hp pada 10,000 rpm dan 108 Nm pada 9,500 rpm. Kuasa disalurkan oleh transmisi enam kelajuan yang dilengkapi dengan Suzuki Clutch Assist System (SCAS).

Suzuki Katana

Dari segi teknologi, modul dan kabel pendikit baharu mengelakkan pecutan secara tidak sengaja, manakala sistem bantuan rpm rendah (Low-RPM Assist System) memudahkan penunggang bergerak dari keadaan pegun. Ia juga dilengkapi dengan tiga mod kawalan cengkaman (1, 2, 3 dan Off) yang boleh dioperasikan menerusi suis pada bar hendal sebelah kiri.

Suzuki Katana

Katana mempunyai kerangka aluminium aloi ringan yang dipadankan dengan fork terbalik Kayaba 43 mm dan penyerap hentak ‘link type’ boleh laras pada bahagian belakang. Dari segi saiz, motosikal sport ini mempunyai ukuran panjang 2,130 mm, lebar 835 mm dan tinggi 1,110 mm. Tempat duduk pula berada 825 mm dari tanah, manakala beratnya mencecah 215 kg.

Suzuki Katana

Di hadapan, terdapat sepasang angkup empat piston Brembo dengan cakera berkembar berukuran 310 mm dan di belakang, terdapat angkup tunggal keluaran Nissan. Bosch ABS disertakan secara standard. Selain itu, Katana didatangkan dengan rim 17 inci, dengan tayar berukuran 120/70 di hadapan dan 190/50 di belakang.

Previous post

Bilik Pameran Volkswagen Kembali Beroperasi

Next post

Anda Kini Boleh Menjana Wang Dengan Kereta Spare Anda Melalui Flux

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *